Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, February 11, 2012

GREYSON CHANCE Kembali Lagi Ke Malaysia

greyson chancePada bulan November lalu, penyanyi cilik kesayangan ramai, Greyson Chance telah memukau ramai pencinta seni suara di negara kita melalui promo tour beliau buat julung kalinya di sini. Kini Greyson Chance kembali ke benua Asia bagi mengadakan tour besar-besaran beliau. Antara negara-negara yang tersenarai dalam sesi jelajah Asia kali ini adalah Singapura, Indonesia, Filipina dan pastinya Malaysia. Konsert Greyson Chance di Malaysia kelak telah pun disahkan tarikhnya akan berlangsung pada 17 April, bertempat di KL Live bermula jam 8.30 malam.

Greyson menjadi selebriti dalam sekelip mata setelah bakat beliau bermain piano serta menyanyi lagu saduran Lady Gaga iaitu “Paparazzi” di YouTube ditemui oleh Ellen DeGeneres, hos sebuah rancangan bual bicara di stesyen TV pada April tahun lalu. Video tersebut langsung mendapat 44 juta tontonan seluruh dunia dan menjadi video nombor 3 paling banyak ditonton di YouTube pada tahun lalu. Greyson Chance menjadi artis pertama yang menandatangani kontrak di bawah naungan eleveneleven, syarikat rakaman milik Ellen DeGeneres dan telah mengadakan persembahan pada rancangan bual bicara The Ellen DeGeneres Show untuk beberapa kali.

Greyson mula bermain piano pada usia semuda 8 tahun. Beliau telah mempelajari piano untuk selama 3 tahun dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam nyanyian. Beliau mengakui terpesona dengan Lady Gaga setelah menyaksikan persembahan penyanyi sensasi tersebut membawakan lagu “Paparazzi” pada MTV Video Music Awards 2009. “Saya terpesona dengan drama dan teatrikal yang ada pada Lady Gaga” kata Greyson.

Abang Greyson, iaitu Tanner Chance menjadi antara orang pertama yang memainkan peranan dalam membentuk perjalanan seni adiknya dengan mengesyorkan kepada Ellen supaya menonton video “Paparazzi” tersebut. Tarikh 11 Mei 2010, di mana buat pertama kalinya Ellen menonton video tersebut, menjadi ilham bagi Ellen menamakan syarikat beliau eleveneleven.

Pada pagi 11 Mei tersebut, video tersebut telah diletakkan pada RyanSeacrest.com. Dikatakan, Ryan telah menemui video tersebut di BuzzFeed – lelaman web yang sentiasa memantau bakat-bakat baru dan mempunyai kredibiliti melalui video-video seperti yang dilakukan oleh Greyson.. Pada petangnya pula, TVGuide, The Huffington Post, and blog video muzik Yahoo! Iaitu Video Ga Ga, turut membuat posting video tersebut. Pada artikel TVGuide pula dinyatakan bahawa Facebook fan page bagi Greyson juga telah mula diwujudkan.Pada malamnya pula Ryan Seacrest, Ellen DeGeneres dan seorang lagi selebriti, Ashton Kutcher telah membuat link kepada video tersebut melalui lama Twitter masing-masing.

DeGeneres kemudiannya mengumumkan bahawa Greyson Chance akan muncul pada rancangannya pada 12 Mei 2010 dan ianya mendapat pemerhatian pelbagai pihak media seperti Wall Street Journal\dan Los Angeles Times, dan ABC World News. Guy Oseary, seorang pengurus cabang hiburan di LA yang mana pelanggan beliau termasuk selebriti-selebriti ternama seperti Madonna, Ashton Kutcher dan Demi Moore, pula telah mengesyorkan video “Paparazzi” versi Greyson dipaparkan di Twitter.

Pada 13 Mei 2010, rakaman persembahan Greyson di The Ellen DeGeneres Show telah disiarkan di beberapa media mainstream termasuk CBS dan People. Greyson bukan sahaja mendapat perhatian Seacrest dan DeGeneres, malah pada 14 Mei, penyanyi dan composer, David Archuleta juga telah membuat link video pada Twitter beliau dan memuji Greyson sebagai berbakat.

Pada 26 Mei 2010, Greyson sekali lagi mucul pada The Ellen DeGeneres Show di mana beliau menyanyikan lagu beliau sendiri “Broken Hearts”. Belaiu turut dianugerahkan $10,000 kerana memenangi contest Ellen's Wonderful Web of Wonderment. Selain wang tunai, Greyson turut memenangi sebuah piano Yamaha.

Single pertama beliau "Waiting Outside the Lines" pula telah diterbitkan bagi iTunes pada 26 Oktober 2010. Ianya turut mengandungi versi rakaman studio lagu “Paparazzi”. Pada awal Disember 2010, Greyson telah melawat Parisdan London, mengadakan persembahan secara privet di kedua-dua buah kotadisamping muncul pada stesyen-stesen radio di sana.

Di celah-celah tour beliau bersama Miranda Cosgrove, pada 2 februari 2011, Greyson sekali lagi menjadi tumpuan rakyat Amerika melalui kemunculan beliau di CBS Early Show, membawakan lagu Waiting Outside The Lines".

Pada 17 Mei 2011, single terbaru Greyson “Unfriend You” pula diterbitkan bagi iTunes. Tour “Waiting 4U” beliau bermula di Ivins, Utahpada 9 April 2011 bersama artis Australiaiaitu penyanyi pop/R&B Cody Simpson. Tour tersebut berakhir sebulan kemudiannya di Portland, Oregon.

.”Unfriend You” turut diperdengarkan melalui The Ellen DeGeneres Show pada 23 Mei 2011, di mana Greyson telah turut mengumumkan tarikh 2 Ogos 2011 sebagai tarikh rasmi terbitnya album sulung beliau “Hold On 'Til the Night”. Album sulung Greyson juga adalah album sulung yang dikeluarkan oelh eleveneleven.

Rakyat Malaysia pastinya masih segar lagi dari menyaksikan kehebatan persembahan Greyson di majlis anugerah AIMNovember lalu. Greyson sedang mengadakan siri tour jelajah Asia Tenggara ketika itu.

Seorang lagi bakat YouTube yang ditemui oelh Ellen DeGeneres iaitu Charice, telah digabungkan bersama Greyson dalam versi remix “Waiting Outside the Lines”. Kedua-duanya Greyson Chance dan Charice menjadi artis rakaman bertaraf antarabangsa hasil suntingan DeGeneres melalui YouTube.

Tiket-tiket bagi menyaksikan konsert Greyson Chance di Malaysia akan mula dijual pada hari Jumaat, 9 Februari. Tiket-tiket boleh didapatkan dari cawangan-cawangan berikut:-Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre, The Guitar Store outlets dan juga di KL Live(lokasi konsert nanti).Tiket-tiket berharga RM 188 (JS Zone); RM138 ( Party Zone) ; RM 88 (Regular).

Bagi maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, silalah hubungi Ticketpro Hotline : +603-78807999. Pembelian tiket-tiket secara online juga disediakan, hanya melalui www.ticketpro.com.my

Pembelian awal (early bird) akan mendapat diskaun sebanyak 20%, sah sehingga 29 February.

JS Concert Productions dengan kerjasama MIDAS Promotions bertanggungjawab dalam membawakan GREYSON CHANCE Live In Malaysia.

www.jsconcert.com
https://www.facebook.com/JSConcertProductions
lelaman rasmi:- www.greyson-official.com

No comments:

Post a Comment