Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, February 11, 2012

The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini Dan Selamanya

Jamal Abdillah
Jamal Abdillah Ketika Beraksi Di Ipoh Bulan Lalu

Berpaksikan jenama yang cukup besar dan cukup berat untuk dipikul, The Legendary Concert 2012– Dulu, Kini dan Selamanya apatah lagi untuk merialisasikannya. Namun itu bukanlah halangan bagi Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd yang ingin melihat ‘jenama’ tersebut terus gah dipasaran tempatan apatah lagi ianya bakal berkesinambungan dari tahun ke tahun.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” adalah sebuah konsert yang berskala besar dan melibatkan ‘jentera-jentera’ hebat yang bertaraf lagenda. Pemilihan artis bukanlah bersandarkan kepada ‘gah’ nya nama mereka tetapi berlandaskan kepada keupayaan, populariti dan juga komitmen mereka kepada masyarakat bermula dari karier seni sehinggalah mereka mencipta kejayaaan dimasa kini.

sheilamajid
Sheila Majid

Membariskan nama-nama besar seperti Datuk Shiela Majid, Amy Search, Jamal Abdillah dan juga Zainal Abidin sudah pasti konsert yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi bakal meninggalkan satu kesan abadi bukan sahaja kepada industri hiburan tetapi kepada masyarakat Malaysia yang kaya dengan norma-norma kehidupan yang harmoni.

Perancangan untuk mengadakan konsert tersebut telah diusulkan oleh Anglina selaku Pengarah Urusan Afro Inang Worldwide. Idea yang diusulkan oleh Anglina telah menarik minat rakan kongsinya

zainalabidin
Zainal Abidin

iaitu Research Venture Lab Sdn Bhd, penggabungan tenaga dan idea diantara keduanya mampu menarik peminat para penghibur yang bertaraf ‘lagenda’ selain mempunyai kekuatan ianya juga merupakan variasi yang hebat kerana menghimpunkan genre muzik yang berlainan di dalam sebuah panggung.

The Legendary Concert 2012 – Dulu, Kini dan Selamanya” bakal berlangsung di 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Johor (Stadium Majlis Perbandaran Johor Baharu), Sabah(Stadium Likas), Kuching (Stadium Negeri) dan klimaks kepada konsert ini pastinya berakhir di Kuala Lumpur(Stadium Merdeka). Siri jelajah ini bakal bermula 5 Mei hingga 30 Jun .

Amy Search
Amy Search Ketika Konsert Bersama Kumpulan Search

Bukan sekadar menjayakan konsert sahaja , kesungguhan serta komitmen yang diberikan ke empat-empat lagenda tersebut harus diberi pujian kerana mereka sanggup ‘turun padang’ bagi menjayakan sesi bertemu peminat di setiap negeri sebagaimana yang telah diaturkan oleh pihak penganjur.

Tidak mustahil sekiranya ‘The Legendary Concert 2012- Dulu Kini dan Selamanya’ bakal diklasifikasikan antara konsert paling berprestij dan istimewa bagi tahun 2012.

No comments:

Post a Comment