Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, February 11, 2012

Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia

Mega
mega

Kewujudan semula kumpulan-kumpulan rock yang pernah mewarnai industri hiburan tempatan pastinya menjadi igauan buat semua penggemar wirama tersebut, apatah lagi generasi yang membesar dengan lagu-lagu mendayu karyaan mereka. Saban hari lagu-lagu ‘berhantu’ mereka mula menjajah minda peminat-peminat baru yang sudah pasti tidak mengenali apatah lagi menyaksikan kehebatan mereka beraksi dipentas. Berinspirasikan semangat serta iltizam yang jitu maka terlalu ramai promoter yang ingin merialisasikan impian peminat generasi baru dan lama demi memastikan ‘kembalinya’ aura rock yang sekian lama menjajah minda.

Gersang
gersang

Informasi mengenai penggabungan semula anggota-angota kumpulan rock sudah lama kedengaran, namun untuk menyaksikannya dalam sebuah konsert yang berskala besar belum pernah direalisasikan. Salah sebuah syarikat iaitu G&G Prima Internation bakal mengadakan sebuah konsert yang menampilkan kumpulan GERSANG, SLAM, EXISTSdan MEGA sedikit masa lagi. Nama-nama yang sudah tidak perlu dipersoalkan lagi kewibawaan mereka. Jenama yang sentiasa menjadi ikutan ‘rockers’ . Kembalinya mereka ke persada seni seakan memberikan ‘nyawa’ kepada peminat fanatik keempat-empat kumpulan tersebut. Apa yang menarik mengenai konsert itu nanti adalah kehadiran anggota asal yang pernah bernaung dibawah nama kumpulan masing-masing. Pastinya memori indah bakal terungkai apabila menyaksikan konsert yang bakal di adakan di Kuala Lumpuritu nanti.

Gersang merupakan salah sebuah kumpulan yang diasaskan di Johor, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1981. Nama Gersang mula meniti bibir penggemar muzik rock setelah mereka tampil dengan album pertama yang menggunakan nama “Gersang” sebagai judul album. Album yang telah diriliskan pada tahun 1988 itu telah mempertaruhkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ yang terus menjadi hits sehingga kini. Kumpulan Gersang dianggotai oleh Man Bai – Vokalis, Man Greng - Bass Gitar, Jojet –Dram, Acis – Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar terus menjadi sebutan para penggemar muzik rock ketika itu. Setelah kejayaan album pertama, mereka terus tampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir” yang telah diriliskan pada tahun 1988. Album “B29” adalah album terakhir dari Gersang, album ini diriliskan pada tahun 1989.

Exist
exist

Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (ROP) dan keluaran / edaran album dibawah syarikat PMCyang kemudiannya BMG. Kumpulan Gersang dibubarkan pada penghujung tahun 1990 kerana Man Bai mengalami sakit Tonsil yang serius.

Kumpulan Slam juga telah ditubuhkan di negeri Johor pada tahun 1993,ianya dibarisi oleh Shah Nizam Abd Halim - Gitar elektrik & Gitar Akoustik , Zamani Ibrahim – Vokalis, Nor Azli Masrani - Bass , Eddie Ahmad - Keyboard , Programmer & percussion , Abd Razak Bajuri - Second Gitar dan Osman Khalid – Drummer. Slam tampil dengan 4 buah album iaitu “Slam” (1993), “Kesan Terbukti” (1995), “Kembali Merindu” (1996) dan “Dalam Harapan” (1998). Terlalu banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Slam disepanjang mereka bergelar artis rakaman.

Slam
slam

Kumpulan Exists juga merupakan salah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di negeri Johor, Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang anggota ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 telah dianggotai olehMamat (vokalis,), Shah (guitar), Along (guitar ke-2), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (drum).

Album pertama mereka yang berjudul “Exists” telah diriliskan pada tahun 1991 di bawah Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.

Exists kemudiannya muncul dengan album kedua yang berjudul “Anugerah”, album ini telah diriliskan pada tahun 1993. Keluar masuk anggota adalah lumrah bagi mereka yang bergelar kumpulan, lantaran itu Shah telah menarik diri untuk terus bersama dengan Exist. Album “Diammu Gunung Berapi” (1995) telah memberikan impak kepada Exist apabila Ezad telah menggantikan tempat Mamat selaku vokalis.

Semasa album “Jangan Gentar” (1997), Exist telah menukarkan nama kepada EXISTS dimana telah menambahkan huruf S dibelakang Exist. Seterusnya mereka terus tampil dengan beberapa album lagi antaranya ialah “Mutan” (1998), ADA(2001), “Seperti Dulu” (2003) dan “Paragon” (2004).

Manakala Kumpulan Mega merupakan antara kumpulan rock, yang cukup gah di awal tahun 90an dimana ketika itu lagu mereka yang berjudul ‘Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara telah melonjakkan nama mereka dalam arena rock tempatan. Lagu nyanyian Zarith it uterus menjadi siulan sehingga kini. Zarith, Rahmad, Sam, Adi dan Munir adalah antara tenaga ‘kuat’ yang telah menaikkan nama Mega. Album pertama mereka yang berudul “Mega” telah diterbitkan pada tahun 1990, “Rentak Kaki Lima” pula telah diterbitkan pada tahun 1993 dimana mereka menggunakan Rahmad (Ekamatra) sebagai vokalis. Album “Kita” (1994), Album “Ilustrasi” (1991),album “Megalomania” (1996) dan album “Potret” pula telah diterbitkan pada tahun 2001 selepas itu mereka membawa haluan masing-masing.

Bersandarkan kepada populariti yang dimiliki oleh keempat-empat kumpulan ini iaitu Gersang, Mega, Exists dan Slam, pihak penganjur mensasarkan penggemar muzik rock tempatan sebagai sasaran utama selain generasi baru. Harga-harga tiket yang bakal ditawarkan nanti adalah cukup ‘mesra peminat’. Sebarang informasi terkini pasti kami kongsikan bersama anda di www.meportal.net

No comments:

Post a Comment