Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, February 2, 2012

Memang Saya Sudah Nikah- Watie Elite

Akhirnya tuan punya badan bersuara untuk mengesahkan berita pernikahannya dengan Joey. Selama ini merahsiakan atas sebab-sebab tertentu, menerusi Harian Metro hari ini, Watie berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat-peminatnya. Watie dan Joey telah pun bernikah selepas Aidilfitri tahun lepas.

watie elite nikah

Kata Watie:-

Bukannya ingin berahsia atau menyembunyikan saat bahagia itu tetapi semuanya adalah permintaan Joey dan keluarganya. Saya harus menghormati dan melihat ikatan yang ada dari satu perspektif yang positif. Apa yang penting, perkara wajib sudahpun kami lakukan. Soal yang lain, biarlah kami fikirkan bersama untuk menyelesaikannya. Joey melamar saya secara mengejut di depan keluarganya. Saya sendiri tidak mengetahui mengenai majlis itu. Semuanya dirancang Joey dan adik-beradiknya. Kelakarnya, persediaan pun kelam-kabut dan saya hanya sempat untuk menempah nasi beriani di restoran berdekatan rumah saja bagi menjamu tetamu.

Jikalau anda kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka, jangan risau kerana menurut kata Watie, mereka bakal mengadakan majlis resepsi pada tahun ini:-

Apa yang boleh saya katakan, kami sudah selamat dinikahkan. Insya-Allah jika diberi rezeki dan peluang, kami berdua pasti akan melangsungkan majlis resepsi pada tahun ini juga kerana Joey ingin sekali meraikan sahabat-handai dan peminat yang tidak henti menyokong. Tarikh dan lokasi masih belum kami tetapkan namun apa yang pasti, kami akan mengadakannya secepat mungkin.

Watie Elite juga bercadang untuk menimang cahaya mata dengan suami barunya ini secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Watie dan Joey. Perkara yang lepas tak perlulah dikenang. Biarlah ia disimpan dalam-dalam. Sekali lagi, semoga Watie, suami dan keluarga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment