Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, February 11, 2012

Singapura Berpesta Rock Dengan SEARCH Dan XPDC

Search

Search

XPDC

XPDC

Foto oleh: Na-Kimura

D’Touchz International terus mengukuhkan nama mereka sebagai penganjur konsert Rock Melayu terunggul di Singapura jika diukur dari jumlah peminat yang hadir pada SEARCH XPDC Live in Singapore pada Sabtu, 28 Januari 2012 yang lalu. Walaupun itu merupakan buat kali keduanya syarikat tersebut menganjurkan sebuah konsert (yang pertama adalah Wings Live in Singapore pada Julai 2011), kemampuan D’Touchz International untuk menarik 5000 peminat kedua-dua ikon Rock tersebut untuk hadir adalah bukti pengiktirafan penggemar muzik Rock terhadap konsert anjuran mereka.

Menjelang bermulanya konsert, CEO D’Touchz International, Encik Adi telah mengumumkan bahawa konsert anjuran mereka seterusnya adalah Ella & Awie Live in Singapore yang bakal berlangsung pada 25 Mac nanti. Pastinya media kami ME! Portal Infotainment Alternatif akan membawakan maklumat-maklumat terkini serta promosi mengenai konsert tersebut.

Berbalik kepada SEARCH XPDC Live in Singapore, konsert bermula sedikit lewat daripada yang dijadualkan. Bagaimanapun acara-acara selingan menjelang konsert yang dikendalikan oleh deejay Hafiz Glamour dari Radio Ria amat menghiburkan setiap penonton di dalam arena Stadium Tertutup Singapura. Tiada kelihatan wajah-wajah gelisah diantara mereka menantikan kemunculan kumpulan pertama di atas pentas.

Tepat jam 8.25 malam, intro yang sudah familiar buat saya mula kedengaran. Melodi synth serta drums pattern yang sama digunakan bagi pembukaan siri konsert jelajah Search Fenomena 30 Tahun di 4 kota di Malaysia hujung tahun lalu … Search memulakan aksi dengan sorakkan gemuruh para peminat mereka. “Gothik Malam Edan” menjadi lagu yang sesuai bagi pembuka konsert – padat dengan tenaga yang ada serta kekerasan muziknya mencorakkan persembahan Search juga. “Pangung Khayalan” pula menyusul sebelum persembahan diperlahankan dengan “Fenomena” … lagu yang mendapat sing-a-long daripada para peminat mereka. Selepas lagu ke-4 “Isi Atau Kulit”, baru lah Amy Search memulakan bicara beliau dengan para peminat, mengimbau kembali sejarah Search yang ada mengenai Singapura. Bertempat di Lion Studio di Singapura lah Search telah merakamkan album pertama mereka “Cinta Buatan Malaysia” di sekitar pertengahan 1980’an, Makanya arena konsert digamatkan dengan “Balada Pemuzik Jalanan” daripada album sulung tersebut.

Amy sekali lagi mengimbau kenangan silam Search di Singapura yang masih segar pada ingatan beliau mengenai satu persembahan mereka di Pulau Sentosa. Kenangan serta kesegaran adalah intipati utama pada lagu seterusnya – “Isabella”. Lagu yang pernah hit pada seluruh Asia Tenggara. Tidak mustahil, “Isabella” menjadi lagu yang paling kuat para peminat di Singapura nyanyikan bersama-sama Search pada malam tersebut. Dua lagu rancak dan keras, “Cakap Memang Murah” dan “Pelesit Kota” disajikan seterusnya kepada para peminat. Melihatkan respon yang positif yang diberikan oleh para peminat di Singapura, sebuah negara di mana sudah lebih 15 tahun Search tidak mengadakan persembahan , Amy telah turun dari pentas dan berlarian pada seluruh arena untuk berjabat tangan dengan para peminat beliau dan Search serta lambaian serta ciuman penghargaan buat mereka yang hadir.

Pawana” pula terus menghangatkan acara – antara lagu-lagu Search yang catchy dan mendapat sing-a-long yang padu. Setelah memperkenalkan para anggota Search kepada para peminat, “Fantasia Bulan Madu” menjadi lagu terakhir … Amy, Din, Kid, Nasir dan Yazit lantas membariskan diri mereka dihadapan pentas, melambaikan penghargaan buat para peminat mereka di Kota Singa. Menyahut pekikan para peminat yang inginkan Search terus beraksi, Amy dan rakan-rakan menghadiahkan “Gadisku” buat mereka. 9.45 malam - berakhir sudah persembahan Search – singkat tetapi amat berkesan. Pada sesi sidang media selepas persembahan Search, Amy telah memberitahu pihak media kami bahawa Search bakal kembali mengadakan persembahan sekali lagi di Singapura pada tahun 2012 ini juga menerusi siri Fenomena 30 Tahun mereka yang masih berterusan buat ketika ini. Singapura… Nantikan!!!

Untuk 10 minit berikutnya, deejay Hafiz Glamour sekali lagi tampil menjayakan contest singkat mencari pemenang backstage pass untuk menemui atis selepas konsert selesai.Tepat 9.55 malam, XPDC sudah bersedia di atas pentas. Sepertimana konsert Loudspeaker di Kuala Lumpur baru-baru ini, XPDC ‘versi satu’ menggabungkan Izo selaku gitaris dan anak beliau Arip (gitaris) yang baru berusia 15 tahun, Yan Lefthanded (bassist),Lola (drummer) serta Ali (vokalis). Kekuatan vokal Ali mula terserlah sejak lagu pertama “Ulat Dan Kulat”. Irama Rock keras dan Heavy Metal mula menjajah segelinap ruang di dalam Stadium Tertutup Singapura. Di bawah pentas, apa yang dapat dilihat, penonton-penonton di Singapura agak berdisipilin dan antara mereka yang headbanging bersama irama keras tersebut agak minimal. “Bagaikan Samurai” terus menghentam halwa telinga para pencinta Rock yang masih belum berganjak walaupon majoriti yang datang pada malam tersebut adalah untuk menyaksikan Search, namun peluang untuk dihiburkan XPDC yang juga sudah lebih sedekad tidak mengadakan konsert di Singapura tidak dilepaskan begitu sahaja.

Pada pertengahan lagu ke-3 iaitu “Teman”, team media kami terpaksa meninggalkan arena konsert buat seketika untuk menghadiri sidang media bersama Search. Difahamkan sesi tersebut terpaksa diatur secara tiba-tiba dan ketika XPDC masih membuat persembahan diatas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Sekembalinya team media kami ke arena, Ali sedang mendendangkan lagu “Sakinah” dan kemudiannya menutup persembahan dengan “Semangat Perjuangan Harmoni” sebelum menyerahkan pentas kepada line-up XPDC yang klasik, yang lagenda. Hanya Izo yang tidak berganjak dari pentas, Amy (drummer), Zua (bassist) dan Mael (vokalis) pula mengambil posisi masing-masing. Untuk 45 minit berikutnya, XPDCversi dua’ tersebut membawakan lagu-lagu mereka yang lebih familiar di kalangan para peminat mereka … “Bahalol”, “Hidup Bersama”, “Aku Masih Di Sini”, “Hijau Bumi Tuhan”, “Selendang Merdeka”, “Semangat Yang Hilang” dan “Apa Nak Dikata”. Persembahan yang begitu cool dan bersahaja, mungkin tidak selincah muzik berat yang disampaikan, apa yang jelas dipersembahkan adalah pengalaman…

Tidak cukup dengan dua versi tersebut, tampil pula ‘versi ketiga’ XPDC pada malam itu. Ali dan Mael bergabung ! Mungkin itulah satu kelainan persembahan yang para peminat nantikan. Membuatkan persembahan secara unplugged di mana Yan memainkan gitar akustik diiringi pula oleh Lola yang bermain tambourine dan penambahan shaker oleh Amy, medley lagu-lagu balada “Teman”, “Sakinah” “Titian Perjalanan” dan ”C.I.N.T.A.” disampaikan dengan penuh syahdu dan mengheningkan suasana di dalam StadiumTertutup Singapura. Mantap! Medley tersebut merupakan sajian terakhir buat acara konsert yang gemilang pada malam tersebut.

ME! Portal Infotainment Alternatif sempat menemubual Mael secara personal selepas persembahan beliau. Antara soalan yang diajukan adalah samada gabungan duet beliau dan Mael akan direalisasikan dalam bentuk album pula. Jawapan yang diberikan oleh Mael mungkin agak menghampakan para peminat XPDC yang dahagakan album baru mereka, namun penuh dengan kebenaran betapa industri muzik tempatan kita ketika ini dilanda masalah sukarnya untuk menjual album. “Tiada gunanya merakamkan album buat masa ini. Susahnak jual album pada zaman sekarang ini dengan adanya budaya download lagu melalui internet. Kita harus ambil kira kos studio dan pengeluaran juga…” jawab Mael.

SEARCH

Pengacara Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search Search
Search

XPDC

XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC
XPDC XPDC

No comments:

Post a Comment