Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, November 15, 2011

Bunohan, Filem Berkualiti Malaysia Untuk 2012

Ada beberapa filem yang berada dalam senarai antisipasi kami, salah satunya ialah Bunohan. Filem Bunohan ialah sebuah filem bergenre drama aksi dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura . Filem ini ditulis, diarahkan, diterbitkan dan juga digarap lakon layarnya oleh Dain Said.

Bunohan ialah sebuah filem mengenai tiga orang saudara: seorang peninju Tomoi, ahli perniagaan dan pembunuh upahan yang bertarung demi nyawa dalam satu perangkap gelap satu penipuan, kekesalan dan pembunuhan. Kalau poster itu mengujakan anda.

Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia sudah diprebiukan di tiga festival iaitu World Premiere @ Festival filem Antarabangsa Toronto (8-18 Sept 2011) , tayangan perdana di Amerika Syarikat untuk Austin Fantastic Festival (22-29 Sept 2011) dan tayangan perdana Asia Taipei Golden Horse (November 2011). Kami pasti itu satu pencapaian yang amat baik untuk sebuah filem tempatan. Filem ini dijadual untuk tayangan di pawagam Malaysia pada Mac 2012. Untuk maklumat terkini mengenai filem ini, ikuti Facebook Bunohan.

No comments:

Post a Comment