Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, November 26, 2011

PENYOKONG MALAYSIA HILANG DI INDONESIA

PENYOKONG MALAYSIA HILANG DI INDONESIA,Berita terkini yang mengejutkan dilaporkan oleh kedutaan malaysia bahawa seorang penyokong malaysia hilang di indonesia selepak menyaksikan perlawanan final bolasepak sukan sea 2011 di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta.Penyokong Malaysia yang hilang itu Ahmad Firdaus Bin Arham dilaporkan telah hilang dua hari dan tidak pulang ke Malaysia selepas perlawanan Final Malaysia Indonesia.Hanya beg dan Wallet beliau sahaja yang ditemui.

Kehilangan ini amat membimbangkan kita,Diharap allah sentiasa melindungi Ahmad Firdaus Bin Arham dan semoga dia dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

sumber

UPDATE TERKINI

Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.

Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

“Saya tidak hilang…saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.

“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana dompetnya boleh ditemui dalam stadium berkenaan tetapi mengandaikan mungkin orang yang merompaknya kebetulan menyaksikan perlawanan itu dan perkara terbabit juga sudah dimaklumkan kepada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menceritakan kisah sebenar, Ahmad Firdaus yang juga pembantu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jamu Mak Dara berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam Sabtu lalu.

“Saya kemudian ke balai polis, namun pegawai di situ memberitahu saya masih mempunyai pasport dan tidak perlu membuat laporan berhubung kehilangan dompet.

“Ini hanya salah faham dan saya terkejut apabila nama saya heboh diperkatakan di Facebook dan Twitter kononnya hilang di Jakarta,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang dihubungi semalam, mengesahkan perkara itu dan bersyukur Ahmad Firdaus kini selamat berada di tanah air.-mymetro

ALHAMDULILLAH RUPANYA SALAH FAHAM TENTANG BERITA KEHILANGAN PENYOKONG MALAYSIA DI INDONESIA.

No comments:

Post a Comment