Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, November 16, 2011

Tony Nafi Bersikap Rasis Mahu Sektor Awam DiKecilkan

Post Pic
Shah Alam 8 Oktober - Setelah dibidas oleh pelbagai pihak, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua cuba mempertahankan kenyataannya yang dilihat mencadangkan Pakatan Rakyat akan mengurangkan jumlah kakitangan perkhidmatan awam jika berjaya menawan Putrajaya.

Tony mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membentangkan tawaran bersara awal secara sukarela, justeru kenyataannya tidak harus menimbulkan kontrovesi.

Beliau juga menafi menjadikan perkhidmatan awam sasaran Pakatan Rakyat jika pakatan itu menubuhkan kerajaan semata-mata kerana 90 peratus sektor itu adalah kaum Melayu.

Bagaimanapun Tony tetap bertegas Pakatan Rakyat akan menyahut cabaran untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam jika Berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13.

"Ia mungkin antara cabaran terbesar yang harus diselesaikan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya. Kita tidak boleh memecat semua penjawat awam tetapi kita perlu mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula dan mengurangkan(jumlah kakitangan awam) dari masa ke masa", beliau dilaporkan berkata.

Cuepacs minggu lalu meminta Tony supaya tidak menjadikan kakitangan awam sebagai alat politik untuk Pakatan meraih sokongan.

Kesatuan kakitangan awam itu menegaskan saiz sektor awam Negara adalah memadai dan tumpuan sebalikknya harus diberikan untuk meningatkan profesionalisma kakitangan.
Bekas Menteri Datuk Shahrir Samad dan beberapa pihak lagi membidas Tony kerana mensasarkan sektor awam yang sebilangan besar penjawatnya adalah kaum Melayu.

Susulan komen Tony itu, Pas bingkas menjarakkan diri daripada DAP bersabit isu itu. Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan Pakatan akan membuang kakitangan awam, sebaliknya jumlahnya hanya akan “diselaraskan.”

Pensyarah undang-undang Aziz Bari turut dilaporkan menggesa Tony untuk berhati-hati membangkitkan isu berkenaan.

"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu.

Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis," Aziz dipetik berkata oleh Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment