Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, November 26, 2011

PEPERANGAN BOGEL SATU LAMBANG KESENIAN | BIAR BETUL

PEPERANGAN BOGEL SATU LAMBANG KESENIAN | BIAR BETUL,Kira-kira 800 orang lelaki dan perempuan tungang langang tanpa sehelai pakaian pun didalam peperangan bantal di Brussels,Belgium.Ini merupakan Satu kesenian yang dihasilkan oleh seniman Amerika Syarikat Spencer Tunick.

Diatas nama seni ”Sleeping Beauties” ini berlangsung di Residen Gaasbeek yang terletak kira-kira 6 batu dari Ibu Negara Belgium,Brussels.Karya seni Tunick ini memang selalu Mengetengahkan Tubuh lelaki dan perempuan bogel ditempat Awam.Karyanya kali ini tentu mengejutkan lagi apabila melihat Tubuh lelaki dan perempuan Tanpa seurat Benang sedang pukul memukul menggunakan bantal.Seramai 800 orang lelaki dan perempuan menikmati peperangan bantal tersebut tanpa rasa malu dengan memperlihatkan tubuh mereka.

Aksi Lelaki dan perempuan tanpa pakaian ini akan di abadikan oleh Tunick dalam sekeping Gambar.Dia juga Menetapkan sukarelawan yang telanjang ini didalam beberapa pose dan di akhiri dengan perang bantal.Tidak terlalu sukar bagi seniman Amerika ini didalam menghasilkan karya seninya,kerana seramai 800 orang sukarelawan tanpa pakaian seolah-olah merasa selesa dengan aksi tanpa pakaian dan berkumpul beramai-ramai diluar istana.

Apa yang hebatnya,Seniman ini tidak mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghasilkan karya seninya ini.Dia hanya membayar mereka dengan gambar Edisi terhad Sebagai pampasan.Spencer tunick memang dikenali ramai dengan karya seni bogel yang dihasilkannya.Sebelum ini dia pernah mengambil gambar bogel dari objek disebuah sekolah di Dulwich, London,

Projek terbesar yang pernah dihasilkan oleh seniman,spencer tunick ini ialah di mexico suatu masa dahulu.Projek itu menampilkan kira-kira 18000 orang berbogel di pusat bandar mexico.Projek itu dikenali dengan “Zocalo”.

No comments:

Post a Comment