Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, November 27, 2011

SapuraCrest, Kencana setuju bergabung

Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/08/06

pix_gal0
Urus niaga RM11.85 bilion hampir jadi kenyataan

LEMBAGA Pengarah SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) dan Kencana Petroleum Bhd (Kencana) bersetuju menerima tawaran penggabungan yang membabitkan urus niaga keseluruhan bernilai RM11.85 bilion yang dikemukakan syarikat tujuan khas (SPV), Integral Key Sdn Bhd (IKSB).

Keputusan berkenaan sekali gus menyaksikan potensi pembentukan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas senaraian awam terbesar Malaysia dari segi jumlah aset semakin hampir menjadi kenyataan.
SapuraCrest dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, berkata ahli Lembaga Pengarahnya telah menerima tawaran IKSB untuk mengambil ambil ekuiti syarikat itu pada harga RM5.87 bilion atau RM4.60 sesaham.
Urus niaga itu akan dilaksanakan menerusi penerbitan 2.499 bilion saham baru dalam IKSB pada harga RM2 sesaham serta pembayaran tunai sebanyak RM875 million.

Syarikat itu berkata, harga tawaran RM4.60 sesaham itu adalah 7.7 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran purata pemberat jumlah dagangan bagi tempoh sebulan bagi saham yang diambil kira sehingga hari tawaran itu dikemukakan iaitu pada 8 Julai lalu.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua aspek termasuk nasihat daripada penasihat utama, penasihat bebas, penasihat undang-undang, analisis awal serta kesimpulan bersama penasihat antarabangsanya mengenai cadangan pengambilalihan itu.

“Lembaga Pengarah kumpulan itu juga tidak akan mencari tawaran alternatif lain untuk mengambil alih perniagaan SapuraCrest” katanya.
Sementara itu, Kencana dalam kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, berkata ahli Lembaga Pengarahnya juga memutuskan untuk menerima tawaran pengambilalihan oleh IKSB pada harga RM5.98 bilion.

Menerusi tawaran pembayaran secara tunai serta pertukaran saham itu, katanya, IKSB akan membeli saham Kencana pada harga RM3.00 sesaham menerusi penerbitan 2.505 bilion saham baru dalam IKSB pada harga RM2 sesaham dan bayaran tunai RM968 juta.

Harga tawaran RM3 sesaham itu adalah 7.1 peratus lebih tinggi harga pasaran purata pemberat jumlah dagangan bagi tempoh lima hari sehingga 8 Julai lalu.
Syarikat itu berkata, ahli Lembaga Pengarah memutuskan Kencana akan meneruskan cadangan pembahagian apabila selesai cadangan pelupusan yang tertakluk kepada syarat kelulusan yang diperoleh.

Penggabungan kedua-dua akan membentuk sebuah syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak senaraian awam terbesar di Malaysia dengan jumlah aset keseluruhan mencecah RM5.98 bilion mengatasi Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) dengan jumlah aset RM4.93 bilion, KNM Group Bhd (RM3.77 bilion) dan Scomi Group Bhd (RM2.46 bilion).

Ia juga juga akan menyaksikan kemunculan syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas keempat terbesar dunia dengan saiz permodalan pasaran RM10.88 bilion, selepas Saipem dari Itali, Technip (Perancis) dan McDermott (Amerika Syarikat).

IKSB adalah anak syarikat Mayban Ventures Sdn Bhd dan cadangan pengambilalihan itu akan diuruskan secara bersama oleh Maybank Investment Bank Bhd (Maybank-IB) dan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB).

No comments:

Post a Comment