Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, November 15, 2011

Samsung Galaxy Note Kini Di Pasaran Malaysia

Tercari-cari telefon bimbit tercanggih dan yang terkini yang tengah IN dan tengah diperkatakan ramai untuk menggantikan telefon bimbit yang lama. Korang rasa gadget yang mana eh? Dalam kepala sekarang ini ada dua – tiga model telefon bimbit yang tengah bermain-main dan semuanya baru sahaja dilancarkan.
samsung galaxy note

Semasa jari jemari tengah rancak menari di keyboard ni, ramai kawan-kawan kat Twitter tengah tweet update tentang satu lagi telefon bimbit yang ditunggu-tunggu iaitu Samsung Galaxy Note. Bukan main meriah dan excited lagi korang eh. Maklumlah, dapat tahu yang gadget terbaru ini antara yang paling power dengan teknologi yang sungguh berinnovasi. Dikhabarkan, bermula semalam, telefon terbaru keluaran Samsung ini telah berada di Malaysia di mana roadshow anjuran Samsung diadakan untuk sesiapa yang mahu mendapatkan Samsung Galaxy Note ini diadakan di Pavillion KL Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Queensbay Mall, Penang dan AEON Tebrau, Johor Bahru dari 11 November hingga 13 November.

Pastinya ramai yang suprise, maklumlah bagi yang terliur sangat nak beli, dan bagi yang tunggu hadiah bulan Disember ni. A’ ah, lupa la, bonus akhir tahun ni, pasti korang dah cadang-cadang nak beli hadiah untuk seseorang atau pun setidak-tidak untuk diri sendiri.

Yang paling suprise, saya rasa la kan, Samsung Galaxy Note ni memang gadget paling perfect dan sangat unik, tak sama dengan telefon bimbit yang berada kat pasaran sekarang. la untuk korang-korang remaja kat luar sana atau eksekutif yang selalu sibuk memanjang sebab telefon bimbit ini menggabungkan ciri-ciri smart phone yang sama dengan kecanggihan beberapa telefon bimbit dengan skrin lebar 5.3 inci dan ianya senang untuk view.

117164_GT-N7000_ADImage_Large

Ramai pembaca yang tertanya kepada saya, apakah yang menarik sangat dengan Samsung Galaxy Note ini.

Okay, kepada yang nak tahu, saya akan senaraikan secara ringkas featured yang best yang ada pada Samsung Galaxy Note ni.

Ada S Memo dan Smart Pen

Ciri yang paling saya suka dan sesuai untuk korang yang bekerja sebagai jurnalis dan blogger di mana korang boleh menulis dan juga melakar imej, secara multimedia termasuklah video link, url dan menambah imej yang lain di dalam nota harian anda. Samsung Galaxy Note ni ada fungsi atau keistimwaan boleh mengecam lakaran tulisan tangan dan akan menukar kepada format teks dengan software komputer terkini.

Untuk info lanjut, sila tonton video di bawah ini:

Dengan Samsung Galaxy Note, saya rasa kehidupan akan menjadi lebih senang, samada semasa menyelesaikan tugasan kerja atau pun semasa bersantai atau mahu bermain permainan di telefon bimbit. Korang boleh melakar dan menulis dan seterusnya menukar penulisan anda itu kepada bentuk digital di komputer. Lebih senang lagi bila korang boleh edit presentaion, dokumen dan pendek kata, semua yang korang buat di komputer biasa boleh dibuat dengan Samsung Galaxy Note.

Jadi, bukan hanya sesuai untuk teman wartawan atau penulis blog je, tapi sesuai juga untuk bisnes man, pereka fesyen, pengarah kreatif, penulis skrip, arkitek dan juga pelajar.

Samsung Galaxy Note dilengkapi dengan fungsi multi-tasking dan berkebolehan dalam ‘content creation capabilities’. Menariknya, Samsung Galaxy Note ini dihasilkan berdasarkan kajian yang dibuat oleh Samsung pada April 2010 melibatkan 12 ribu telefon pintar di 9 buah negara iaitu USA, UK, Perancis, Jerman, Itali, Korea, China, Hong Kong dan Singapura. Daripada pemnerhatian dan hasil kajian itu, Samsung mendapati ramai pengguna telefon yang mahu melayari laman web, membaca email, bermain games, mendengar muzik, melihat gambar-gambar dengan konsep do-in-one dan rata-ratanya mahukan sebuah telefon bimbit yang lengkap dengan penulisan nota dengan tulisan tangan.

Korang bayangkan sendiri, membawa sebuah komputer di tangan yang membolehkan korang buat kerja seperti di sebuah komputer di rumah. Kalau korang tengok gambar di bawah ini, nipisnya Samsung Galaxy Note ni hanya senipis 9.65mm dan beratnya pula 178g sahaja. Memang senang sangat dibawa ke mana sahaja.

117148_GT-N7000_ADImage_Large

Sebagai tambahan, Samsung Galaxy Note ini dikuasakan dengan 1.4GHz dual core processor dan HSPA+ conectivity. Dengan fungsi kelengkapan ini, pastinya akan mempercepatkan lagi penggunaan telefon tercanggih ini semasa berhubung dengan kawan-kawan walaupun korang sedang bercuti dan jauh dari mereka.

Paling gempak lagi bila ianya menggunakan skrin sentuh sepenuhnya dan 5.3 HD Super AMOLED screen menjadikan pandangan yang sangat jelas dan sangat terang.

Jadi, kepada korang yang dah tercari-cari telefon bimbit yang memang best giler, tunggu apa lagi, korang dah pun boleh dapatkan Samsung Galaxy Note di pasaran yang berdekatan mulai hari ini.

Layari laman facebook Samsung: www.facebook.com/#!/SamsungUnivez dan juga laman web rasmi Sansung: www.samsung.com/my

117156_GT-N7000_ADImage_Large

117140_GT-N7000_ADImage_Large

* budiey.com

No comments:

Post a Comment