Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, November 26, 2011

Ramai Kecewa Dengan Tindakan Que Haidar

Ramai Kecewa Dengan Tindakan Que Haidar

KL, 23 NOV 2011: Nampaknya ramai pihak termasuk orang dalam industri kecewa dengan keputusan pelakon Que Haidar yang mahu menamatkan kerjayanya sebagai pelakon ketika dunia hiburan ketandusan pelakon berbakat sepertinya.

Dalam ramai-ramai yang rasa kecewa,Murai Batu adalah salah seorang daripadanya.

Mananya taknya, di saat nama Que Haidar baru mekar dalam industri hiburan, tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk memperlahankan karier lakonannya atau dengan kata lain mahu berhenti.

Kekecewaan itu turut dirasai oleh rakan Murai Batu yang pergi menonton prebiu filem terbitan Tayangan Unggul, Misteri Jalan Lama yang berlangsung di Cathay Cineplex e@Curve, baru-baru ini.

Peluang rakan Murai Batu untuk bersua muka dengan pelakon utamanya iaitu Que Haidar sendiri hampa apabila kelibat pelakon itu tidak kelihatan langsung di majlis prebiu mahupun sidang media filem tersebut.

Khabarnya, ketiadaan Que itu telah menjadi tanda tanya ramai wartawan pada majlis tersebut.

Yelah, sebagai pelakon utama yang menjayakan filem berkenaan, Que sepatutnya hadir sebagai sebahagian rangka promosi filem fantasi pertama arahan Afdlin Shauki itu.

Lebih kasihan lagi, Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul, Gayatri Su Lin Pilai sendiri terpaksa menjawab segala persoalan media mengenai ketiadaan Que itu.

Murai Batu dengar juga, Gayatri tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenainya bagaimanapun terpaksa menghormati keputusan Que yang tidak mahu aktif dalam dunia lakonan lagi.

Dalam masa yang sama, Gayatri juga turut melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Que itu kerana menurutnya Que adalah antara pelakon hebat yang pernah bekerjasama dengannya.

Sementara itu, Murai Batu diberitahu Afdlin sendiri tidak mampu berkata apa-apa atau memberi sebarang komen di atas tindakan Que. Malah hanya menghormati keputusannya.

Namun begitu, Murai Batu dengar Afdlin sempat memuji lakonan dan komitmen yang diberi oleh Que dalam filemnya dan akui sangat sedih bila tidak dapat meraikannya bersama pelakon tersebut.

Nak buat macam mana. Sehingga hari ini Murai Batu tidak berapa faham dengan apa yang berlaku terhadap Que sehingga dia boleh bertindak sedemikian.

Memang sebelum ini Murai Batu ada dengar Que akan cuba memperlahankan kerjaya lakonanya kerana mahu menumpukan kepada perniagaannya serta komitmen keluarga. Namun tak sangak pula, Que boleh terus hilang dari dunia hiburan begitu sahaja.

Apa-apa pun Murai Batu mendoakan selamat maju jaya kepada Que dalam apa sahaja yang mahu dilakukan. Mungkin dia ada sebab tersendiri yang tidak dapat dikongsikan bersama.

* www.murai.com.my

No comments:

Post a Comment