Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, June 26, 2010

Anne Ngasri Sah Cerai Talak Tiga

KUALA LUMPUR: Aktres Anne Ngasri (gambar) disahkan bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan (gambar) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, yang sedang hamil lima bulan dan Wafi, 28, pernah cerai dan rujuk sebanyak dua kali pada Julai tahun lalu tanpa pengetahuan mahkamah.

Menurut Shaiful, Wafi melafazkan taklik kepada Anne pada waktu tengahari awal Julai tahun lalu di Sungai Jawi, Pulau Pinang dengan lafaz 'kalau engkau keluar rumah, aku ceraikan engkau'.

Kali kedua Wafi melafazkan cerai 'aku ceraikan engkau' kepada Anne pada waktu petang pertengahan julai tahun lalu.

Kedua-duanya rujuk semula pada waktu Maghrib awal Julai tahun lalu dan selepas Isyak pada pertengahan Julai tahun lalu di mana kedua-duanya melafazkan 'saya kembali kepada awak'.

Sementara lafaz cerai ketiga iaitu 'aku ceraikan kau Anne' berlaku pada 25 Mac tahun ini, pukul 11.20 pagi di rumah mereka di Bukit Jelutong, Shah Alam. Waktu itu Anne sedang hamil dua bulan.

Wafi mengaku di hadapan Shaiful di kamar hakim sebelum ini bahawa dia pernah melafazkan cerai di tempat kejadian tanpa mempunyai saksi dan mempunyai niat semasa melafazkan ketiga-tiga lafaz cerai itu.

Anne dan Wafi secara rasminya bercerai pada 25 Mac tahun ini dan Anne menjalani tempoh edah sehingga bayi ketiganya dilahirkan.

"Saya reda dengan apa yang berlaku dan bersedia menerimanya. Saya percaya mesti ada hikmah selepas ini," luah Anne di luar mahkamah.

Terdahulu,sebelum mendengar keputusan Hakim di dewan perbicaraan, Anne hampir pitam di tandas. Khabarnya,dia tidak sempat menjamah makanan tambahan pula dia sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Wafi dilihat masih sempat membelikan air putih untuk anne.

Wafi hadir ke mahkamah bersama dua orang lelaki serta peguam syarie Mohd. Hamidullah Che Hassan manakala Anne ditemani ibunya, Habibah Jaafar.

Pasangan itu bernikah pada 26 Mei 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri yang berusia empat bulan.


Sensasi: Kesian kan..Lafaz cerai walau takda saksi atau tanpa niat (seperti yang dinyatakan oleh Wafi) tetap jatuh talak....iye,perkataan cerai bukan boleh buat main2 ye para lelaki sekalian..jadi jangan sampai terlambat baru nak menyesal...Sekarang nie sahla Wafi dan Anne dah bercerai dgn Talak 3...no more rujuk2.. Anne haruslah bereddah (tak boleh kahwin lain) sampai selamat melahir anak nya itu..lepas tue kalau dia nak kahwin boleh je..tapi bukan dgn Wafi la..
kesian anak yang baru lahir tue.....isk isk..

No comments:

Post a Comment