Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, June 18, 2010

Beli burger percuma DVD tutttt.....

GAMBAR menunjukkan karavan yang menawarkan cakera video digital lucah bagi setiap pembelian makanan segera dan minuman keras

DRIFFIELD - Polis England merampas sebuah karavan burger dan menangkap dua lelaki selepas menerima aduan daripada penduduk di Driffield, Yorkshire Timur berhubung tawaran percuma cakera video digital (DVD) lucah bagi pembelian burger dan minuman keras, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pegawai polis, Sarjan Dave Jenkins berkata, dua lelaki itu ditahan semasa berada di dalam karavan tersebut tetapi mereka dibebaskan dengan ikat jamin selepas keterangan diambil untuk membantu siasatan di sini.

Penduduk mendakwa setiap pelanggan yang membeli sama ada kebab, burger, bir dan kentang goreng dengan pembelian lebih daripada £5 (RM24) akan mendapat sekeping DVD lucah secara percuma dan dibenarkan menontonnya di dalam karavan berkenaan.

Sasaran pelanggan peniaga itu ialah golongan lelaki yang keluar dari kelab dan pub.

"Van ini sudah beroperasi sejak dua minggu dan beberapa pegawai kami menyamar untuk mencari kepastian sebelum kami melancarkan operasi merampas karavan itu pada malam Sabtu lalu," kata Jenkins. - Agensi

No comments:

Post a Comment