Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, June 27, 2010

Maya Karin ke Mahkamah Untuk Pengesahan Nikah atau Cerai?






KUALA LUMPUR: Pelakon
popular Maya Karin, 31 dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali (gambar) merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang diadakan selama dua jam sejak pukul 2 petang ini.

Maya tidak berkata “ya” mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

“Tiada keputusan,” kata Maya ringkas di luar mahkamah.


Suami Maya, Steven turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Maya berkata, dia mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

“Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap,” katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

Sementara itu Muhammad Ali turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

Ditanya pula tentang penceraian, katanya: “No divorce” (tidak bercerai).

Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

Difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah hari ini untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya.

No comments:

Post a Comment