Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, June 24, 2010

MJ - Mewah selepas mati

LOS ANGELES: Wang terus mencurah-curah dan bayaran dibuat tanpa putus membuktikan jangkaan sesetengah pihak bahawa Michael Jackson (MJ) memperoleh pendapatan lebih tinggi selepas mati memang benar-benar berlaku.

Seperti Elvis Presley dan Yves Saint Laurent, nilai harta Raja Pop itu terus meningkat mendadak selepas dia menghembus nafas terakhirnya pada 25 Jun tahun lalu.

Tanpa sebarang perbelanjaan mewah dan dibantu perolehan daripada kesan nostalgia Raja Pop, pemegang amanah bersama MJ, John Branca serta John McClain mengubah kewangan penyanyi itu secara drastik.

Empayar milik MJ yang pernah berada di ambang keruntuhan akibat beban hutang lebih RM1.6 bilion kini dilihat mampu menyara hidup tiga anak serta ibunya serta menampung setiap keperluan mereka.

Harta tinggalan MJ kini menjana pendapatan lebih RM802 juta sejak kematiannya dan sebahagian daripada perolehan itu digunakan untuk membayar RM225 juta daripada hutang penyanyi berkenaan.

Ia termasuk RM16 juta gadaian tanah milik keluarga MJ di Encino, Los Angeles, manakala baki hutang akan ditampung perolehan berterusan daripada pelbagai sumber berkait penyanyi terbabit.

Bekas peguam MJ dan pensyarah Sekolah Undang-undang Universiti Southern California, Lance Grode, berkata setakat ini keadaan amat terkawal.

“Bagaimanapun, jalan masih panjang sebelum semua hutang MJ dapat dilangsaikan,” katanya.

Deretan kontrak juga membayangkan kekayaan MJ terus meningkat lebih besar daripada jangkaan awal.

Antaranya, perjanjian penjualan rakaman lagu MJ yang tidak pernah dipasarkan Sony Music menjamin pendapatan RM643 juta selama tujuh tahun.

Tayangan di seluruh dunia filem This Is It berdasarkan raptai terakhir konsert MJ setakat ini mengumpul RM811 juta dan Sony Music membuat bayaran awal bernilai RM913 juta kepada pemegang amanah, selain sejumlah royalti tidak didedahkan hasil penjualan cakera video digital (DVD) mengenainya.

Pemberian lesen Universal Music kepada Ubisoft Entertainment untuk menerbitkan permainan video berbentuk tarian menyumbang RM83.6 juta sebagai pendahuluan.

Perolehan itu dijangka terus meningkat jika jualannya mendapat sambutan.

Kekerapan lagu ciptaan MJ dimainkan di radio dan penjualan album pula menjana pendapatan royalti RM80.4 juta pada tahun lalu.

Pendapatan lain termasuklah penjualan autobiografi MJ, Moon Walk, serta permintaan terhadap tiket konsert terakhirnya yang dibatalkan, menyumbang RM80.4 juta lagi. - AP

No comments:

Post a Comment