Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, June 21, 2010

Dibelasah kakak kerana mengadu dirogol abang ipar

KULIM - Seorang gadis bukan saja menjadi habuan seks abang iparnya, bahkan turut dibelasah kakak sendiri gara-gara dikatakan ingin memusnahkan rumah tangga mereka.

Cerita sedih gadis berusia 24 tahun itu bermula apabila mangsa, kerana tidak tahan dirogol dan diugut lelaki bernafsu binatang itu, mengadu kepada kakaknya. Dia menjangka akan mendapat perlindungan, tetapi sebaliknya kakaknya mempunyai buruk sangka.

Akibatnya, kakaknya membelasahnya dengan lesung batu dan batang paip hingga cedera.

Bukan itu saja, kakaknya turut menuduh gadis malang itu sengaja mereka cerita untuk membusukkan nama suaminya dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga mereka sebelum dihalau daripada rumah pasangan tempat dia menumpang itu.

Jurucakap polis berkata, dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kulim, mangsa mendakwa kali pertama dirogol abang iparnya adalah pada pagi 2 Jun lalu.

"Dalam kejadian itu, lelaki itu masuk ke dalam biliknya kira-kira jam 11 pagi, menanggalkan pakaian mangsa secara paksa sebelum memperkosanya. Tidak cukup dengan itu suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

"Pada waktu yang lebih kurang sama keesokan harinya, lelaki itu sekali lagi masuk ke bilik mangsa dan melakukan perkara terkutuk itu," katanya.

Menurutnya, selepas dua kali dirogol dan bimbang kejadian itu akan berterusan, mangsa memberanikan diri mengadu kepada kakaknya, 5 Jun lalu.

Gadis itu juga memberitahu ahli keluarganya yang lain sebelum membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment