Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, June 21, 2010

Tanda protes...Penunggang basikal berbogel

DUA orang penunjuk perasaan menunggang basikal di tengah-tengah Brussels.

BRUSSELS - Sekumpulan penunjuk perasaan menunggang basikal dalam keadaan berbogel di Brussels kelmarin bagi menyertai satu demonstrasi tahunan dipanggil "cyclonudista" sebagai bantahan terhadap keadaan trafik di bandar tersebut.

Hujan dan angin tidak menjadi halangan kepada lebih kurang 50 orang peserta itu. Polis kemudian menahan dua orang peserta yang berbogel sepenuhnya kerana berkelakuan tidak sopan. Tetapi mereka dilepaskan selepas kenderaan polis dikelilingi oleh penunjuk perasaan lain.

"Tindakan berbogel membolehkan bantahan ini mendapat perhatian media kerana anda perlu dilihat sebelum suara anda didengari," kata salah seorang penganjurnya, Jerome Nature.

Mereka mengadakan protes kerana kebanyakan ruang telah dimonopoli oleh kereta. Tujuan utama penganjuran 'cyclonudista' adalah untuk mendesak pengangkutan awam yang mesra alam dan percuma, selain menjadi bandar raya bebas kereta yang terbuka kepada golongan pejalan kaki dan penunggang basikal. Di samping mengenakan kawalan ketat terhadap iklan kereta dan iklan pelancongan udara. -AFP

No comments:

Post a Comment