Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, June 21, 2010

Remaja jalin hubungan sulit dengan isteri orang dibelasah

JITRA: Seorang remaja cedera pada muka dan badan akibat dibelasah sekumpulan lelaki di satu kawasan di Alor Setar, Khamis lalu, kerana dipercayai menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.

Difahamkan, mangsa berusia 18 tahun dipercayai dibelasah apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 26 tahun itu dan kerap ke rumah wanita berkenaan di Bandar Darulaman, di sini, ketika suami wanita itu keluar berniaga.

Wanita itu dikatakan mempunyai empat anak dan ketika anaknya mengikut suaminya keluar berniaga dia mengambil kesempatan membawa remaja itu masuk ke rumah.

Dalam kejadian jam 4 petang Khamis lalu itu, remaja itu berasal dari Pokok Sena dan bekerja di kantin di Alor Setar dikatakan dibawa ke satu lokasi sebelum dibelasah sekumpulan lelaki, termasuk suami wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyerahkan kes itu kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu untuk membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment