Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, June 12, 2010

Khasiat Kurma untuk Ibu Hamil


Wanita yang hamil akan mudah mengalami keletihan dan kekurangan tenaga. Ada juga yang mengalami “morning sickness” yang teruk, malah ada juga yang akan mengidap kencing manis ketika hamil. Ramai bakal ibu yang mengeluh kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa, selain dari berbaring di katil.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa makanan sunnah Rasullulah, iaitu BUAH KURMA memang cukup berkhasiat bagi ibu mengandung, malah ia tidak mengandungi gula yang merbahaya. Selain memberikan tenaga, para ibu mengandung akan merasa selesa menjalani kerja-kerja seharian. InsyaAllah, para ibu mengandung juga akan mudah melalui proses bersalin.

Sabda Rasulullah S.A.W.,“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”Khasiat buah kurma Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W dan mempunyai banyak khasiatnya.

Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin.Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:

a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yang sedang datang haid dan mereka yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

d) Potasium penting untuk sistem saraf yang boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dari barah payudara dan rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan dan akan memberi tenaga.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin dan pengecutan rahim.Kurma juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi mempercepatkan proses pengecutan dan menguatkan rahim.

Jelas ia bukan sahaja boleh dimakan ketika bulan Ramadhan, tetapi juga boleh dimakan pada bila-bila masa, untuk mengembalikan tenaga. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment