Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, May 25, 2010

Jejai pakai Helikopter kejutkan Fasha di set pengambaran!

Riuh-rendah jadinya lokasi penggambaran drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Duyung Aridinata di Pulau Lang Tengah, Terengganu, apabila mereka tiba-tiba dikejutkan kehadiran sebuah helikopter, tengah hari baru-baru ini. Lebih mengejutkan semua pelakon dan kru penerbitan drama bersiri yang menjalani penggambaran di pulau itu sejak 4 Mei lalu apabila sekumpulan VIP yang singgah di pulau itu disertai bekas suami pelakon drama popular, Nora Danish iaitu Toh Muda Rizal Ashram Ramli bertujuan membuat ‘surprise’ kepada seorang pelakon utama drama bersiri itu, Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Rizal bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui langsung perancangan Jejai untuk datang memberikan kejutan kepadanya. Helikopter yang membawa Rizal dan beberapa temannya mendarat di kawasan lapang kira-kira 50 meter dari chalet tempat semua pelakon menginap dan menjalani penggambaran kira-kira jam 1 tengah hari.

“Benar Rizal datang menaiki helikopter untuk memberi kejutan kepada saya. Saya terkejut dengan kehadirannya. Saya tergamam melihat kelibatnya yang tiba-tiba muncul menaiki helikopter peribadi dari Kuala Lumpur. Tujuan Rizal hanya untuk memberikan kejutan kepada saya dan tidak bermaksud apa-apa. Kebetulan Rizal datang waktu makan tengah hari, jadi saya dan krew penerbitan yang lain sempat menjamu selera bersama ketika waktu rehat,” kata Fasha yang masih terkejut.
Pelakon lain yang turut menyaksikan kehadiran Rizal dengan helikopter termasuk Zachery Francis, Shakila, Zain Saidin, pengarah drama, Adam Hamid serta penerbit yang juga Pengarah Urusan Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh.

No comments:

Post a Comment