Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, May 18, 2010

Tercapai Impian Rossa Adakan Konsert Di Malaysia

Sejak dua tahun lalu, Rossa sudah mula memasang impian untuk mengadakan konsert solonya di Malaysia. Namun ketika itu, tidak diketahuinya bila atau bagaimana. Bukan satu perkara mudah untuk mengadakan konsert di luar negara, apatah lagi bila melihat pada kos yang terlibat. Tetapi, seperti kata Rossa, semuanya terpulang pada rezeki dan kesempatan.

"It was only my dream. Kos-nya terlalu tinggi. Tak mungkin saya dapat melakukannya. Tapi itulah rezeki saya. Jika bukan kerana rezeki, impian saya akan kekal satu impian. Kini, peluang sudah ada. Saya akan lakukan yang terbaik. Harapan saya agar dapat memberikan satu persembahan yang baik, yang disenangi semua. Ini hadiah saya buat peminat," kata Rossa bila ditemui petang semalam selepas sidang media 'Konsert Melodi Cinta' -nya.

Konsert dua jam itu, yang juga merupakan konsert pertama Rossa di luar Indonesia, akan berlangsung pada 29 Mei ini, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Meskipun teruja, penyanyi genit yang jelita ini mengakui berasa tertekan dan takut.

"Bila difikirkan bajet untuk konsert serta ruang stadium yang besar yang perlu saya isikan, tertekan rasanya. Saya hanya mampu berdoa yang saya akan dapat mencapai target 10 ribu penonton. Tapi bila melihat pada sokongan yang diberikan Media Prima, saya berasa yakin, insyaAllah, semuanya akan berjalan lancar. Mengapa saya tidak yakin pada diri sendiri sedangkan ramai yang percaya dan yakin pada saya?"

Menariknya, diva Krisdayanti yang terlebih dahulu mengembara ke Malaysia untuk mengembangkan muziknya, pun belum lagi berpeluang mengadakan konsert solonya di sini. Tuah nampaknya memang menyebelahi Rossa.

"Itu semua bergantung pada kesempatan. Kita tidak tahu rezeki orang. Di Indonesia, semua teman-teman artis menyokong antara satu sama lain. Bila KD adakan konsertnya di Jakarta atau Singapura, saya akan berada di sana untuk menyokongnya. Untuk konsert saya di KL nanti, saya sudah menjemputnya untuk hadir sama," katanya yang sedang dalam perancangan untuk mengadakan sebuah konsert di Singapura pada tahun depan.

Pasha, ST12 & Aizat turut beraksi
'Konsert Melodi Cinta' akan mendapat sentuhan Yovie Widianto selaku pengarah muzik dan konduktor orkestra, sementara Jay Soebiyakto sebagai pengarah persembahan. Disebabkan kesuntukan masa untuk berlatih, konsert itu nanti akan disertai 14 penari dan 30 pemuzik orkestra dari Indonesia.

Janji Rossa, konsert yang dianjurkan bersama Media Prima Berhad dan limaduabelas musik serta Marctensia ini akan berbeza daripada siri konsertnya di Indonesia sebelum ini.

"Sebab saya tahu ramai peminat Malaysia yang telah menonton 'Konsert Persembahan Cinta' dan 'Konsert Cerita Cinta' saya di Indonesia. Sebab itu saya telah mendapatkan Yovie sebagai pengarah muzik (menggantikan Erwin Gutawa yang telah mengarah muzik untuk siri konsertnya di Indonesia). Jay juga ingin menampilkan sesuatu yang berbeza tetapi tetap Rossa. Yang pastinya, ia sesuatu yang menakjubkan.

"Dari segi pilihan lagu, akan ada perbezaannya kerana ketika siri konsert di Indonesia, saya belum lagi keluarkan 'single' "Terlanjur Cinta" dan album kelima."

Turut memeriahkan konsert itu nanti, rakan-rakan artis senegara seperti Pasha (Ungu) dan ST12, serta Aizat. Pemilihan Aizat atas permintaan Rossa sendiri yang berpendapat anak muda itu memiliki suara yang baik.

Tiket-tiket ditawarkan pada harga RM58, RM98, RM148, RM248 dan RM348. Untuk maklumat tentang penempahan tiket, hubungi Axcess Hotline di 03-77115000 atau layari laman web
www.axcess.com.my. Penjualan tiket akan bermula pada 14 Februari ini.

No comments:

Post a Comment