Oleh Mohd Sayuti Omar
SEKALI lagi saya katakan dalam isu-isu berhubung kepentingan Islam dan bangsa Melayu sepatutnya semua pihak bersatu dan berusaha bagaimana untuk mendaulatkan agama dan meperkasakan bangsa. Dalam hal ini para para penulis dan wartawan Islam seharusnya memahami hakikat ini dan tidak cuba mencari populariti atau mensesansikan apa juga laporan dengan tujuan mendapat perhatian dan pujian dunia tanpa meletakkan kepentingan menyelesaikan masalah atau meredakan pertikaian yang meletus.
Keserabutan minda dan timbulnya kucahan polimek yang kadang-kadang mengheret ummah dan bangsa ke laman Neraka adalah disebabkan oleh penulis dan wartawan tidak cuba untuk mempersatukan fikrah dalam perkara tersebut dan secara sembrono pula menggunakan kaedah (journalisme) yang dipelopori Yahudi dalam menggarap laporan dan mengulas sesuatu isu tanpa mengesani apakan tujuan di sebali metodologinya.
Biasanya isu-isu yang diketengahkan bukan mencari jalan penyelesaian, sebaliknya sengaja mahu menambahkan kekalutan dan kekusutan! Ini sesuatu fenomena yang me,barahi dunia kewartawanan siber hari ini. Walhal ia bukan berlaku secara sengaja melainkan secara diatur oleh musuh Islam dan bangsa.
Sebelum ini saya sudah mendedahkan bagaimana sebuah stesen tv swasta memutar belitkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pandangan dan ulasannya tentang isu kalimah Allah. Tv berkenaan tidak menyiarkan secara jujur dan berniat jahat pandangan Nik Aziz dalam konteks semasa mengenai pandangan beliau terhadap isu itu. Tv berkenaan juga gagal berfungsi sebagai media yang dimiliki oleh orang yang juga bersyahadat
“Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya.”
Tetapi malang nampaknya tv itu terus memanipulasikan berita berkenaan atas dendam dan sifatnya sebagai penjilat buntut pihak tertentu. Tv berkenaan tidak pernah rihat dari melaksanakan agenda tuannya dalam keadaan apa sekali pun. Apa salah kalau dalam isu kalimah Allah Tv berkenaan cuba meredakan keadaan dengan memberi gambaran kebersatuan individu Islam; baik pemikir, agawaman dan ahli politik dalam memberi pendapat tentangnya.
Apa lagi Nik Aziz dalam memberi pandangan berhubung isu itu berlapang dada (tasamuh) dengan tidak menegakkan pendirian asalnya mengenai hal itu sebelum dengan memberi lampu hijau dengan mengatakan kalimah Allah adalah hak semua manusia. Tetapi apabila beliau telah menegaskan pada masa ini ia tidak boleh digunakan bimbang mengelirukan adalah satu ralat yang tepat oleh beliau dan ini patut dihiglightskan.
Kali ini saya ingin mendedahkan pula aktiviti dan perangai sebuah portal berita yang sangat menyesalkan saya sebagai umat Islam mengenai laporan tentang kalimah Allah.
Saya tidak ada maklumat apakah portal berita berkenana disponsor dan didalangi oleh kaum mana atau aliran mana, beragama apa dan warganegara mana penanggungjawabnya? Namun yang jelasnya wartawan yang mengutip berita itu berdasarkan namanya adalah Melayu dan saya percaya bila Melayu wartawan berkenaan Islam.
Kalau dihayati dan dielidiki bentuk-bentuk laporan dan mesej yang cuba hendak disampaikan portal berita ini ada niat tidak baik kepada entiti tertentu dan juga memberi gambaran buruk mengenai Islam. Ada sesetengah laporan ketara berbau anti Melayu dan Islam. Atas nama kebebasan dan professional, wartawan portal ini menulis tanpa ada rasa bertanggungjawab sebagai umat Islam. Dia berdiri atas nama wartawan bebas yang ilmunya diterapkan oleh Yahudi.
Kedudukannya sebagai orang Islam terasing sama sekali seolah-olah profesional tidak bercampur dengan tanggungjawab ke atas agama.
Lihat bagaimana protal dan wartawan berkenaan telah melaporkan kenyataan atau pandangan Dr Haron Din, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ahmad Awang mengenai isu kalimah Allah. Kenyataan Haron Din dilaga dengan kenyataan Asri dan dicelah dengan pandangan tidak sekata dan ‘semazhab’ oleh Ahmad Awang. Apakah tujuan laporan sebegini diperlakukan? Provokasi, sensasi atau Yahudi?
Haron Din memberi pandangan sesiapa yang menyokong kalimah Allah untuk digunakan ditempat tidak wajar sebagai kufur dan syirik. Pandangan Haron ini merujuk kepada kebenaran mahkamah dan maksud Kristian kenapa beriya mahu menggunakan kalimah Allah. Bagaimana pun kenyataan itu disanggah dengan mengambil pandangan Asri yang berpendapat pandangan Haron Din itu tidak rasional! Portal berita berkenaan memahami pandangan ulama hanya mampu disanggah oleh ulama.
Seterusnya wartawan atau portal berita berkenaan mengutip pandangan Asri yang bertanya kepada Haron Din, dengan berkata; "Apakah kalau kita dengar orang bukan Islam berkata; 'Allah mencipta alam, adakah kita hendak ambil tindakan kepada mereka?”
Saya tidak tahu di manakah ada ketepatan persoalan yang dibangkitkan oleh Asri itu. Kalaulah Asri tidak memahami makrifah di sebalik maksud pandangan Haron Din itu betapalah naif dan dhaifnya Asri. Saya percaya sebagai bekas Mufti beliau dapat menangkap di mana maksud kata-kata itu dan mengetahui akan consequence jika kalimah itu dibenar. Tetapi kenapa ini berlaku.
Saya yakin dan percaya dalam konteks pandangan Asri berhubung hal itu ia tidak sesempit itu. Mungkin masih ada ayat dan pernyataan menjelaskan di manakah atau kenapa pandangan Haron itu tidak menjadi rasional bagi Asri. Namun kerana inginkan sesansi dan matlamat halus di sebalik isu itu tercapai maka bahagian itu yang diutamakan.
Apa yang saya dapat fahamkan, kesalahan menggunakan nama Allah oleh Haron Din bukan seperti mana difahamkan oleh Asri (seperti mana dilaporkan) tetapi dalam keadaan yang spesifik sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut Islam terutamanya mereka yang tidak bertaraf ulama mujtahid dan juga berfahaman liberal berdasarkan otak semata-mata.
Yang menjadi kebimbangan ialah apabila kalimah itu digunakan dengan meluas sehingga ia nanti akan dianggap sama antara Allah Islam dengan Allah Kristian. Ia boleh terjadi apabila pemahaman mengenai Allah dari kalangan generasi muda akan datang lemah dan cetek. Natijah dari kelemahan dan pengeksploitasian ini nanti menyebabkan Allah itu dianggap sama saja.
Lebih malang lagi takut ada kalangan orang Islam menerima konsep ketuhanan Kristian yang berselindung di sebalik nama Allah itu.
Dalam hal ini saya rasa percanggahan pendapat antara kedua ini boleh dielakkan kalau wartawan Melayu dan portal berkenana ada tanggungjawab sebagai wartawan yang adil dan bertindak sebagai Muhyiddin, penjaga agama dan bangsa.
Tidak cukup dengan itu, wartawan berkenaan mengutip pula pandangan Ahmad Awang yang juga bernada untuk menyanggah pandangan Haron Din. Kata Ahmad Awang (seperti mana dilapor) keputusan mahkamah dan akidah dua hal yang berbeza?
Apakah maksud Ahmad Awang? Apakah beliau tidak dapat memahami dalam hubungan umat Islam menentang keputusan mahkamah itu kerana mereka bimbang kepada kemudaratan kepada aqidah? Apakah ini pun tidak dapat dimengerti oleh bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (Pum) itu? Bahawa menggunakan kalimah Allah dalam keadaan tidak wajar oleh Kristian tidak mendatangkan mudarat kepada Islam?
Laporan itu juga memetik Ahmad sebagai berkata, beliau mempercayai anggapan mengatakan Islam itu sebagai hak eksklusif untuk Islam itu lagi sesat. Apakah makna dan kepada siapakah Ahmad (atau portal berita itu) tujukan kata-kata itu?
Meneliti pandangan Ahmad Awang ini jelas ia tidak senada dengan pandangan Haron. Laporan berkenaan semacam mahu menyanggah pandangan Haron yang menyifatkan penggunaan perkataan Allah ditempat tidak wajar itu sebagai kufur dan syrik.
Bila melihat pandangan tidak selari Ahmad Awang dan seakan ada niat hendak menyanggah pandangan Haron Din ini, saya suka melihat kepada sentimen politik peribadi mereka berdua. Umum sudah mengetahui bahawa walaupun mereka berada dalam saf yang sama dalam Pas, tetapi mereka menghafalkan ayat-ayat lazim yang berbeza dalam sembahayang. Apakah perbezaan ini membawa mereka terus berbeza walaupun ke atas sesuatu perkara yang sepenting kalimah Allah itu?
Insaflah.... demi agama ketepikan perasaan peribadi.
Ditegaskan perbezaan yang menyerlahkan kelemahan dan ketidakbersatuan (unity) dan kecelaruan pemikir-pemikir Islam ini dapat dielakkan kalau portal khususnya wartawan berkenaan memahami tanggungjawab mereka yang diutuskan sebagai ‘nabi’ oleh Allah ke atas muka bumi ini. Makanya selaku ‘nabi’ wartawan hendaklah melengkapi diri mereka dengan tabligh, siddik, amanah danfatanah. [wm.kl.7:30 am 06/01/09]
No comments:
Post a Comment