Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, May 18, 2010

Terjebak Pengkid - "Jangan Cari Aku,Minta Maaf Ayah dan Ibu"



Marnie Abdul Sarang, 15 tahun
Alamat - Kg Sungai Gajah, Semporna, Sabah
Bekas Pelajar SMK Bugaya, Semporna, Sabah
Dilaporkan Keluar Dari Rumah pada 13 April 2010
dan tidak kembali sehingga sekarang.
Laporan Polis Di IPD Semporna 14 April 2010

(Dipercayai sekarang berada di Kuala Lumpur)
Sebarang maklumat hubungi :

(Bapa) Abdul Sarang Banguan - 014-2045729
(Ibu) Norhayati Hambog
(Semporna, Sabah)

(Bapa Saudara) Ali Bais Hambog - 012 - 3315249
(Kuala Lumpur)

atau balai polis berhampiran


Kuala Lumpur
17 Mei, 2010

Gadis manis keturunan Bajau ini hanya berusia 15 tahun, dan sepatutnya dia berada di sekolah untuk belajar

Pada usia ini, dia telah berhenti sekolah dan membantu ibubapanya bertani.

Dan gadis manis ini juga seorang yang baik dan jarang keluar rumah serta seorang yang ringan tulang membantu ibunya.

Bagaimanapun, perkenalan sejak di sekolah dengan seorang tomboy @ pengkid yang berusia lebih 3 tahun tua darinya, membawa gadis ini lari ke Kuala Lumpur.

Saya dihubungi bapa saudaranya yang bekerja di Kuala Lumpur, yang juga merupakan kenalan saya sejak 10 tahun lalu untuk membantu mengesan anak saudaranya ini.

Dan ini kisahnya:

13 April lalu, sekeping nota ditemui di dalam bilik gadis ini:

" Jangan Cari Aku. Minta Maaf Ayah dan Ibu"

Ia ditemui setelah gadis ini tidak pulang ke rumah setelah keluar pada petangnya.
Usaha mencarinya di kawasan kampungnya, Kg Sungai Gajah, Semporna dan kawasan sekitar sehingga ke bandar Tawau, menemui kegagalan.


Akhirnya laporan polis dibuat di IPD Semporna keesokannya mengenai kehilangnnya.

Gadis ini sebelumnya mempunyai seorang kenalan rapat bernama Norjaimah Nordin yang dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Norjaimah usianya kira-kira 20 tahun, namun perwatakannya begitu berbeza- berkelakuan dan berpakaian lelaki , dan dia dikenali sebagai tomboy di kampungnya.

Keluarga percaya, Marnie, atau nama manja Mimie, telah diperdaya oleh Norjaimah mengikutinya.


Akhirnya mereka membuat pemeriksaan dengan syarikat penerbangan.

Benar, menurut rekod, pada 13 April 2010, jam 9-35 malam, Marnie berlepas ke Kuala Lumpur bersama Norjaimah menaiki pesawat Air Asia Flight AK 5157.

Dan sekarang gadis ini dipercayai telah berada di Kuala Lumpur atau lain-lain negeri di Semenanjung.

Kepada anda yang mempunyai maklumat mengenai anak petani dari Semporna, Sabah ini, sila hubungi nombor tertera di atas atau salurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

Anda juga boleh emailkan kepada saya sebarang maklumat mengenai Mirnie ini.

No comments:

Post a Comment