Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, May 13, 2010

Beg Tangan LV RM40k Hadiah Buat Siti Nurhaliza!




Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat ‘hadiah pendahuluan’ apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.


Pada tahun 2008,
mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

“Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.

“Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,” katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.

Album CTKD adalah singkatan nama
dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:

“Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama.”

Hadiah perkara kedua bagi
dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.

Artikel dan Foto dipetik dari Kosmo

No comments:

Post a Comment