Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, May 13, 2010

Keputusan perlawanan Piala Thomas dan Uber - 11 May 201o

Nama : Wong Mew Choo
Tarikh Lahir : 1 Mei 1983
Ketinggian : 1.64 meter
Berat : 51 kg
Rank : 8


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kehangatan perlawanan badminton Piala Thomas dan Uber mula terasa. Pertandingan badminton terulung yang menjadi rebutan pemain badminton kerana ianya mewakili negara secara berpasukan. Perlawanan ini diadakan secara kumpulan sebelum perlawanan sukuakhir akan berjalan secara kalah mati. Berikut merupakan keputusan perlawanan Piala Thomas dan Uber 2010 yang melibatkan pasukan kebangsaan :-

Keputusan dan Jadual Perlawanan Piala Thomas 2010
Peringkat Kumpulan
9 Mei 2010 – Malaysia vs Nigeria 5 0 (Kemenangan Percuma)
11 Mei 2010 – Malaysia vs Jepun 2 3 ( Kalah)
– > Camne nak menang Piala Thomas ni?? Bukan tak yakin tapi tengok semangat Hafiz dan Wong Choon Han tu kureng ..(Fairuizan / Zakry tak sempat tengok.. ) . Diharap mereka bangkit untuk menang walaupun mungkin akan bertemu pasukan handalan selepas ni….

Suku akhir
Malaysia vs Denmark
Secara analisa, Denmark mempunyai kekuatan seimbang. Beregu mereka setanding dengan beregu pertama negara. Risau gak nak tengok perlawanan esok ni..Manakala perseorangan mungkin agak goyah.. Tapi mampukah Chong Han dan Hafiz membawa mata?
1 0 ( Datuk Lee Chong Wei menang :) )
2 0 ( Koo Kean Kiat/Tan Boon Heong menang )
2 1 ( Wong Chon Han kalah.. Pertarungan yang hebat.. Cuma kurang dari stamina.. )
2 2 ( Zakry n Hoo kalah.. Pertarungan sehingga ke akhir.. )
3 2 ( Hafiz Hashim menang)

Separuh akhir
Malaysia vs China

Keputusan dan Jadual Perlawanan Piala Uber
Peringkat Kumpulan
10 Mei 2010 – Malaysia vs Amerika Syarikat 5 0
11 Mei 2010 – Malaysia vs China 0 5
12 Mei – Indonesia 3 vs Malaysia 0 (aik apa teruk sgt??)
Suku akhir

Berikut merupakan jadual perlawan Piala Thomas dan Uber bagi peringkat kalah mati

12 Mei, suku akhir, 12 tgh dan 6 ptg
13 Mei, separuh akhir Uber Cup, 12 tgh dan 6 ptg
14 Mei, separuh akhir Thomas Cup, 2.30 ptg dan 7 mlm
15 Mei – final Uber Cup, 2 ptg
16 Mei – final Thomas Cup, 2 ptg.

Sesiapa yang berkesempatan bolehlah beli tiket secara online di website ticketpro

No comments:

Post a Comment