Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, May 23, 2010

Thalia: Ziana Sepatutnya Mendidik Saya


Mengikut cerita daripada pihak Ziana Zain, keputusan menggugurkan Thalia adalah kerana gadis berusia 23 tahun itu tidak bersedia dari segi mental dan fizikal, serta kegagalannya untuk fokus dalam pembelajaran.

Tetapi bila ditanyakan kesahihan perkara itu kepada tuan empunya diri, seperti yang dijangka, lain pula cerita yang keluar dari mulut Thalia.

Meskipun mengakui dia tidak dapat fokus dalam pembelajaran, Thalia memberitahu Berita Harian -
'Tindakan tidak adil' - dia yakin terdapat alasan lain yang membawa kepada kegugurannya.

Mempercayai keputusan Ziana dipengaruhi "cerita-cerita tidak berasas" mengenai dirinya, Thalia menyoal mengapa mentornya itu tidak berterus-terang sahaja dengannya agar dia dapat menjelaskan diri.

Kesal rayuan dan permohonan maafnya tidak endahkan, malah tidak diberi peluang kedua untuk membetulkan diri, Thalia merasakan Ziana "sebagai mentor sepatutnya mendidik saya".

Mengenai isu yang kononnya dia digugurkan kerana masalah disiplin apabila membawa teman lelaki ke hotel, Thalia mempertahankan keputusannya itu kerana perjumpaan mereka dilakukan di depan orang ramai, bukannya secara tersembunyi.

No comments:

Post a Comment