Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 28, 2010

Kenyataan Sogo dan kenyataan pembeli

Shopping at SOGO KL

awas jualan murah @ isu hangat

Berikutan dari entri Awas Jualan Hari Raya , pihak Sogo telah membuat kenyataan yang mereka balas di ruangan komen.

Berikut adalah kenyataan Sogo Kuala Lumpur.Website : http://www.klsogo.com.my

KL SOGO Responder says:
August 24, 2010 at 1:28 pm

“OFFICIAL ANNOUNCEMENT: Kami di KL SOGO ingin menegaskan bahawa kami sentiasa dan akan selalu mematuhi segala peraturan perdagangan. Rekod kami, sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, sentiasa terbuka untuk sebarang audit dan pemeriksaan oleh pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.

Amatlah kami kesali wartawan yang terlibat telah menyalah tafsir tanda harga pada barangan yang dibeli tersebut. Tanda harga potongan kami sentiasa dicetak terlebih awal sebelum tempoh jualan murah dan untuk tujuan rekod simpanan kami, tarikh cetakan turut dicetak di atas tanda harga tersebut. Oleh sebab itu, tarikh yang tertera pada tanda harga bukanlah bermaksud tarikh jualan, tetapi menunjukkan tarikh dimana ianya dicetak. Untuk makluman, semua tanda harga kami adalah tertakluk kepada sebarang audit dan pemeriksaan.

Tanda harga RM109.20 yang dipamerkan di barangan tersebut sebenarnya adalah harga potongan yang tulen semasa jualan. Harga asalnya iaitu RM455.00 bermaksud potongan sebanyak 80% diberikan ke atas harga asal barangan itu.

Kami percaya kepada amalan padagangan yang adil dan ini boleh diakui oleh ramai pelanggan setia kami yang lain. Kami juga sedia menerima pertukaran dan pemulangan barangan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pembelian tanpa sebarang soalan. Kakitangan Khidmat Pelanggan kami sentiasa bersedia untuk menerangkan polisi pemulangan tersebut kepada mana-mana pelanggan yang inginkan kepastian.

Kami harap kenyataan di atas dapat menjelaskan sebarang kekeliruan yang timbul baru-baru ini.

Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan dan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sekian. Terima kasih.

Juga yang menariknya, seorang yang memberi komen, mendakwa suami mangsa sebenar iaitu pembeli selimut dari Sogo tersebut , En Khairul Nizam. Email dirahsiakan.

khairul nizam says:
August 27, 2010 at 9:40 pm

Salam, Saya adalah mangsa/tuan punya barangan tersebut. Wife saya telah membelinya sewaktu sale tempoh hari.

Sebagai pembeli, memang banyak keraguan yang boleh di nyatakan.
Tempoh masa harga sales adalah hampir setahun.. adakah Pihak Sogo menyimpan tag harga tersebut selama setahun bagi setiap barang sale????
kenapakah label harga asal dicetak beberapa hari sebelum sale dijalankan.

pada syarat-syarat baru pindaan peraturan2 pehihal dangangan di no 5, mengatakan penjual perlu meletakkan dua penandaan hara iaitu harga jualan murah dan harga yang ditawarkan sebelumnya… bagi pihak pengguna, untuk menentukan dua harga ini adalah berdasarkan harga dan juga tarikh cetakan label jualan… so kalau di lihat berdasarkan kepada tanda harga.. harga rm455 adalah harga asal… dan jika dilihat dari tarikh cetakan label…. harga rm455 adalah harga jualan murah… ini mendatangkan kekeliruan kepada pengguna..

mohon supaya pihak penjual meneliti dan membuat semakan sebelum meletakkan tanda harga kerana ia akan mendatangkan kekeliruan di mata pengguna yang sememangnya sudah banyak kali tertipu.

Walaubagaimanapun… ada juga barangan di SOGO yang agak murah dan berkualiti. Semoga apa yang telah terjadi ini akan membuka mata para pengguna dan juga penjual terutamanya menjelang raya ini yang mana banyak “sales” berlangsung… Sesungguhnya yang baik adalah daripadaNYA dan yang buruk adalah dari saya.

*Diharap isu hangat ini menjadi iktibar kepada kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Penjual diharap jangan mencari keuntungan mudah dengan menipu pembeli. Pembeli pula harus bijak semasa membeli belah, jangan mudah tertipu dengan ‘tawaran harga’.

Pembeli sekarang sudah bijak dan berani dan di zaman cyber sekarang ini, pembeli juga mempunyai banyak saluran untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

* Artikel dari http://www.isuhangat.net

No comments:

Post a Comment