Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 30, 2010

Rumah Azhar Sulaiman Yang Cantik

Tiru istana lama

"Rumah yang terbuka seperti ini dapat menggalakkan interaksi" - AZHAR SULAIMAN




Ketika memikirkan untuk membina rumah impiannya, pelakon Azhar Sulaiman, 38, yang juga Arkitek Projek untuk Design Nexus Architect, mahukan sebuah rumah yang tahan tanpa perlu diselenggara untuk tempoh yang lama.

"Rumah ini direka dengan harapan kami sekeluarga tidak perlu melakukan sebarang penyelenggaraan dalam tempoh 10 tahun pertama kami tinggal di sini.

"Sudah tiga tahun kami di sini, syukur, rumah ini masih dalam keadaan baik," ujar Azhar yang popular menerusi filem Abang '92 danJimi Asmara.

Untuk menyempurnakan impian itu, Azhar memilih menggunakan kayu berkualiti tinggi iaitu daripada jenis cengal di bahagian-bahagian rumah yang difikirkan memerlukan unsur semula jadi.


RUANG tingkap kayu yang bukan saja menyuntik kemesraan tetapi juga membenarkan peredaran udara yang menyihatkan.


Menerapkannya pada daun pintu dan kerangkanya, langkah itu secara langsung menyuntik kemesraan, bertepatan dengan fungsinya untuk menyambut tetamu.

Meniru kebijaksanaan orang terdahulu yang menitikberatkan pengudaraan, ram tingkap kayunya dapat memastikan rumah dua tingkat itu tidak terlalu panas apabila matahari berdiri tegak di atas kepala.


KONSEP minimum sedikit tetapi selesa.


Unsur kayu daripada jenis yang sama juga digunakan untuk melapik permukaan anak tangga dan lantai aras atas rumah.

Tidak mustahil jika ia bertujuan untuk mengundang rasa 'homey' memandangkan pada aras itulah terletaknya bilik tidur utama dan bilik tidur tiga anaknya,
BILIK menonton tanpa TV.



PEMANDANGAN dari ruang makan rumah Azhar.



KOLAM renang ini memberi refleksi paling indah keempat-empat rumah keluarga Azhar Sulaiman pada waktu malam.





Kasih Leia Ixora, 10, serta si kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 7.

Satu aspek lain yang perlu diberi perhatian ialah pelan lantainya.

"Saya memang mahukan rumah dengan pelan lantai linear, iaitu garisan lurus. Maksudnya tidak ada bahagian rumah yang terlindung daripada pandangan mata walau di bahagian mana saya berada," ujar anak bongsu daripada 13 adik-beradik itu.

Bagaimanapun, Azhar mahu ia memainkan peranan yang lebih daripada itu.

"Kalau diperhatikan rumah ini tidak ada dinding perantara yang memisahkan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Ini dibuat untuk memastikan semua bahagian rumah berkongsi suasana yang sama.

"Saya berikan senario saudara-mara sedang bercakap di ruang tamu ini, manakala anak-anak sedang menonton televisyen di bilik menonton.

"Tanpa pintu atau dinding yang memutuskan terus antara kedua-dua ruang ini, tidak ada sesiapa yang akan ketinggalan tentang apa yang sedang dibualkan.

"Pendek kata, rumah yang terbuka seperti ini dapat menggalakkan interaksi," jelas Azhar yang sudah lazim dengan kehidupan berkeluarga besar.

Kelebihan rumah seperti itu, kata Azhar, turut memberi ruang kepada anak-anak untuk berlari di dalam rumah sebagaimana beliau gemar melakukannya suatu ketika dahulu di rumah datuk dan neneknya.

Meneroka ruang rumahnya yang seluas 8,000 kaki persegi itu, kami mendapati ia diisi dengan sangat minimum.

"Selalunya konsep minimalis hanya cantik dalam gambar tetapi pada kebanyakan masa ia kekurangan aspek selesa. Berbeza dengan rumah ini, biarpun dihias dengan minimum, ia tetap selesa untuk didiami.

"Seperti bilik TV itu, ia nampak 'keras' dan tidak menyeronokkan. Tetapi apabila dipasang lampu dan projektor, ia akan kelihatan sangat santai," katanya. Peti televisyen di bilik menonton Azhar telah diganti dengan projektor yang hanya memancar pada dinding bilik.

Binaan rumah itu secara keseluruhannya melibatkan pandangan yang cukup jauh ke depan. Mencatur usia anak-anak yang semakin membesar, Azhar sudah memikirkan terlebih dahulu sekiranya bilik masing-masing sesuai untuk dijadikan bilik pengantin suatu hari kelak.

"Sekarang saya hanya risau kalau anak lelaki saya, Rees, akan merungut tentang biliknya yang lebih kecil berbanding bilik kakaknya.

"Saya berfikir begini kerana saya sudah berdepan dengan ramai pelanggan yang menyatakan kekesalan mereka kerana tidak memikirkan aspek ini terlebih dulu dan terpaksa membuat pengubahsuaian pada kemudian hari," ujarnya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Malah, Azhar sendiri sudah membina bilik yang akan didiaminya apabila beliau sudah bersara kelak iaitu di aras bawah yang dikelilingi landskap yang menghijau dari tiga sisi.

No comments:

Post a Comment