Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 30, 2010

Taib Dapat Rumah RM21 Juta Di AS Hadiah Kroni Balak

SuaraKeadilan
SHAH ALAM 28 Ogos: Tatkala hampir 70 peratus penduduk rumah panjang di Sarawak masih tidak mendapat kemudahan bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik serta dibelit derita kemiskinan yang parah, Ketua Menteri serta keluarganya pula bergelumang dengan kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah.

Terbaru, sebuah laman web yang banyak mendedahkan salahlaku, penyelewengan serta amalan rasuah Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sarawakreport.org melaporkan 25 Ogos lalu kediaman berprestij yang dimiliki keluarga beliau di Boylston Avenue, Seattle Amerika Syarikat dikatakan dihadiah oleh syarikat konglomerat dan pembalakan Samling.

Disifatkan sebagai rumah agam 'gred atasan' kediaman tersebut dianggarkan bernilai USD6.8 juta pada 2008 atau bersamaan RM21 juta.

Berkeluasan 9,020 kaki persegi, ia mempunyai 6 bilik tidur dan lima bilik mandi utama, termasuk satu tingkat bawah tanah berkeluasan 2,120 kaki persegi, selain memiliki patio yang luas, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

Kediaman itu juga dikatakan memiliki sebuah anjung besar dan terdapat garaj di tingkat bawah tanah untuk simpanan kereta mewah kesayangan keluarga Taib.

Ia dikatakan di kelilingi taman berkeluasan 26,172 kaki persegi atau bersamaan dengan keluasan enam padang bola.

Menurut sarawakreport, rumah agam tersebut dibeli oleh syarikat pelaburan CSY melalui anak syarikatnya, Inc W A Boylston pada 1991.

Pemilikan hartanah itu didakwa telah dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun selepas itu dengan harga US$1 (RM3.1).

Transaksi ini dikatakan dilakukan pada 19 September 1991 yang meletakkan pemilikan harta tersebut ke dalam anak syarikat W A Boylston yang ditubuhkan beberapa hari lebih awal iaitu pada 5 September oleh CSY.

Alamat berdaftarnya ialah di 2260 Douglas Boulevard, Roseville, yang juga merupakan ibu pejabat CSY.

Menurut sarawakreport, CSY dan Boylston kemudian segera memfailkan satu surat bersama kepada jabatan hartanah daerah diraja dan cukai eksais bagi mengisytiharkan W A Boylston ialah subsidiari milik penuh Syarikat pelaburan CSY, dan dengan itu menjadikan transaksi itu dikecualikan dari cukai eksais.

Bagaimanapun , siasatan sarawakreport mendapati tiada rekod berikutnya selepas pemindahan pemilikan W A Boylston dari CSY (Samling) kepada Taib.

Menurut peraturan diterbit oleh jabatan hartanah, pemindahan sedemikian lazimnya memerlukan pembayaran beribu dolar cukai eksais. Laporan sarawakreport menyebut, nama CSY dibentuk dari huruf awal Chee S Yaw, presiden syarikat pelaburan tersebut yang merupakan anak kepada Yaw Teck Seng, 62 pengasas Samling Global.

Samling merupakan sebuah syarikat pembalakan yang turut menjalankan aktiviti di luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

Teck Seng sering tersenarai antara 40 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Forbes dan keluarganya merupakan antara keluarga yang terkaya di Asia.

Awal minggu ini Samling mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila dana pencen kerajaan Norway menarik balik semua pelaburan dalam Samling selepas mengutuk syarikat itu sebagai ’tidak beretika, disebabkan kegiatan pembalakan haram dan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan di Sarawak.

Menurut sarawakreport, bukan sesuatu yang rahsia Samling telah membina empayar perniagaannya menerusi konsesi pembalakan di Sarawak. Sepanjang tempoh Taib menjadi ketua menteri, syarikat beroperasi di bawah lesen Taib itu telah memusnahkan hampir kesemua hutan dara berharga di Sarawak, yang kebanyakannya diambil tanpa pampasan dari orang-orang asal yang menerima kesan dari aktiviti pembalakan tersebut.

No comments:

Post a Comment