Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Rossa Bertunang Dalam Diam?

Penyanyi Rossa (gambar) menolak desas desus kononnya telah bertunang dalam diam selepas timbul gosip mengaitkannya dengan seiorang dudu beranak tujuh.

Kata Rossa, dakwaan itu tidak betul sama sekali sebaliknya gosip tersebut timbul dari usikan kawan-kawannya.

“Tidak… itu semua gosip. Berita itu tidak betul,” katanya seperti dipetik portal Inilah.com sebaik selesai menjadi tetamu rancangan Dahysat di Studio RCTI, Kebon Jerok, di sini Rabu.

Bagaimana bekas isteri pemain dram kumpulan Padi, Yoyo ini berkata dia lebih senang jika sesuatu kemusykilan itu diajukan terus kepadanya daripada semua pihak bermain teka-teki.

“Saya lebih selesa kalau ditanya terus seperti ini. Maksudnya artis diberi kesempatan untuk menjelaskan keadaan sembar. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa,” katanya.

Bercerita tentang kisah hangat artis untuk program-program hiburan televisyen kata Rossa dia lebih selesa apabila Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengharamkan program infotainment.

Rossa berharap fatwa pengharaman itu menjadi kawalan kepada syarikat-syarikat produksi untuk tidak menerbitkan program bercorak kontroversi.

No comments:

Post a Comment