Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Sheikh Muszaphar cuba rahsia Kos Kahwin

ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos yang akan melangsungkan perkahwinan dengan dan Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober depan enggan meuar-uarkan kos perkahwinan mereka.

Sheikh Muszaphar juga turut meminta semua penaja dan perunding perkahwinannya iaitu Butik Cosry, Jakel, Bibah Songket dan Datuk Bernard Chandran agar tidak mendedahkan jumlah perbelanjaan majlis berkenaan.

“Saya rasa tidak perlulah kami beritahu jumlah belanja yang dikeluarkan untuk perkahwinan kami. Cukuplah saya katakan kos itu ditanggung oleh kami sendiri dan ia diketahui oleh ahli keluarga sahaja,” kata Sheikh Muszaphar.

Bagi Sheikh Muszaphar, biarlah gelaran wedding of the year atau wedding of the decade itu diberikan kerana hasratnya untuk menjemput 10,000 tetamu terdiri daripada rakyat Malaysia dan bukannya disebabkan kos majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Ariff Quasri selaku perunding perkahwinan itu berjanji untuk memberikan kelainan kepada majlis yang turut dihadiri oleh 100 angkasawan dari 35 negara itu.

Majlis perkahwinan tersebut akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala majlis resepsi pula akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa tempat yang sama.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu dan memilih tarikh 10 Oktober 2010 untuk majlis perkahwinan sempena ulang tahun ketiga Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas.

MSTAR

No comments:

Post a Comment