Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 21, 2010

Saat Terakhir Anne Bersama Hot FM Mini Jam

Ternyata kemeriahan Hot FM Mini Jam tetap berterusan biarpun hujan lebat melanda Padang Ipoh.

Mendung yang mula kelihatan sejak tengahari biarpun sedikit sebanyak menggusarkan, namun rata-rata pengunjung tetap setia dia padang untuk mengikuti acara yang telah disusun oleh Hot FM dan TM. Seawal jam 10 pagi, kedua jenama ini telah menyusun pelbagai aktiviti menarik untuk dialami oleh orang Ipoh. Antara gerai yang telah menghangatkan padang itu adalah gerai TM, gerai “face painting”, gerai jualan brangan eksklusif Hot Fm dan pelbagai lagi!



Tepat 4 petang, pentas utama Hot FM MINI JAM 2010 versi Ipoh pada 31 Julai 2010 lalu telah menampilkan gambungan artis lama dan baru. Fotograf, Projek Pistol, One Nation Emcee, Fiq Mentor, Couple dan Azlan & The Typewriter.

Balik kepada topik kita hari ini, Sofaz yang juga turut beraksi di konsert ini memberi sokongan penuh dengan menyampaikan lagu terbaru mereka "Dan Bila Esok" diiringi dengan nyanyi “cameo” Anne, penyampai Hot FM yang bakal meninggalkan bumi Malaysia Ogos nanti.



Momen itu juga turut dapat di dengari di seluruh gelombang Hot FM serata negara kerana ianya disiarkan secara langsung dari Padang Ipoh.



Anne yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ternyata memukau hati peminatnya dengan penampilan terbarunya dan penyampaiannya menyanyikan lagu itu. Tetapi keadaan menjadi pilu apabila beliau menitiskan air matanya tanda pemergiannya meninggalkan Hot FM.



Hot FM mendoakan agar Anne berjaya dalam apa jua bidang diceburinya nanti. Anne sentiasa di hati..

No comments:

Post a Comment