Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, August 28, 2010

Petua menghalang semut


Rumah anda ada banyak semut ? Salah satu petua yang didapati dari member, untuk mengelakkan rumah banyak semut sentiasalah pastikan rumah kita bersih dari sisa makan, sapu rumah sebelum tidur ialah kpd yang ada anak kecik yang suka makan jajan tu semua -faham-fahamlah.

Kalau rumah dah banyak semut, salah satu cara untuk menghalang semut daripada memasuki balang gula / bekas makanan / tin susu ialah:

1-Ambil kapur tulis (atau chalk) * kalau boleh guna yang warna putih lagi baik

2-Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan atau di mana-mana kawasang yang anda tidka mahu dimasuki semut.


Teorinya : Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya.

Petua menghalau semut yang lain:

Kalau ruang nak lukis garisan tak ada atau tak cukup,
ambik tali yang dibuat dari kapas atau kain (yang boleh menyerap cecair), celupkan dalam minyak masak.
pastu ikatkan sekeliling balang tersebut. Insya-Allah, semut tak lintas tali tu.

(sebelum ikat, perahlah dulu tali tu. tak perah karang, meleleh lak minyak tu nanti).

No comments:

Post a Comment