Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 30, 2010

Tidak Sempat Mandi Wajib

GEORGETOWN – Tidak boleh berpuasa kerana tidak sempat mandi wajib, itu alasan yang diberikan suspek yang ditangkap khalwat di sebuah apartmen sewa di Bukit Dumbar, dalam Operasi Sahur, kira-kira jam 5 pagi, kelmarin.

Pengakuan itu dibuat suspek ketika ditanya Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Jaipp).

Suspek ketika itu dibawa ke pejabat Jainpp untuk siasatan lanjut dan mengakui tidak boleh berpuasa dan solat kerana tidak sempat mandi wajib setelah dicekup penguat kuasa.

PPA Jaipp yang tiba di tempat kejadian hanya mengambil masa tiga minit bagi meminta suspek lelaki yang juga duda berusia 38 tahun itu membuka pintu bilik mereka.

Ketika diserbu, suspek lelaki hanya memakai tuala sahaja sementara suspek wanita pula hanya berkemban.

Wanita yang berusia 28 tahun dan bekerja di kilang itu langsung tidak segan apabila berdepan dengan pegawai Jainpp.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berkenaan dipercayai baru sahaja melakukan hubungan seks berikutan pegawainya menemui kondom yang baru digunakan serta keadaan dua suspek yang tidak berbaju.

Menurutnya, dalam premis yang sama penguat kuasa juga berjaya menahan dua suspek yang dipercayai berkhalwat pada jam 4.45 pagi.

“Suspek yang kedua itu pula berusia dalam lingkungan 20 tahun dan mengaku menyewa apartmen berkenaan dan kesemuanya dibawa ke Balai Polis Jalan Patani untuk membuat laporan.

“Ini bukan kali pertama kami ke apartmen itu kerana ia salah satu lokasi yang kerap menjadi tumpuan umat Islam melakukan perbuatan tidak sopan ini,” katanya.

Kedua-dua pasangan berkenaan ditahan atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada hari yang sama, Operasi Sahur itu juga berjaya menahan sepasang kekasih yang duduk berdua-duaan dalam kereta.

Dipercayai wanita yang juga warga Indonesia itu meletakkan kepalanya di dada teman lelakinya yang berbangsai Melayu.

Setelah dibuat pemeriksaan kedua-duanya tiada hubungan yang sah dan kemudiannya didenda mengikut Seksyen 29 dan sekiranya didapati bersalah mereka akan dikenakan saman sebanyak RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Khairul menegaskan pihaknya berusaha agar tidak terlepas pandang gejala maksiat di negeri ini sepanjang Ramadan.

Ia termasuklah umat Islam yang tidak berpuasa, minum arak serta melakukan perbuatan tidak sopan termasuk berkhalwat.

No comments:

Post a Comment