Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, August 30, 2010

SM Nasaruddin-Marion 8tv Pilih Disember

Pilih Disember















KUALA LUMPUR: Selepas kekasih hatinya yang juga personaliti televisyen terkenal, Marion Counter membuka mulut mendedahkan berita perkahwinan mereka, kini SM Nasaruddin SM Nasamuddin yang juga Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza sendiri tampil mengiakan kenyataan itu.

Menurut usahawan muda berusia 27 tahun itu, beliau dan Marion, 30, sudah sepakat memilih Disember depan untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah, namun tarikhnya masih belum diputuskan lagi memandangkan kedua-duanya perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dulu.

“Kami belum lagi memilih tarikh yang sesuai untuk bergelar suami isteri, tetapi yang pastinya majlis bahagia itu nanti akan berlangsung pada Disember ini di ibu negara.

“Walaupun tiada penetapan tarikh dibuat tapi saya dan Marion sudah bersedia, malah kami bersyukur kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perhubungan ini dan mereka juga bersetuju dengan perancangan awal (majlis) yang sudah dibuat setakat ini,” katanya, semalam.

Difahamkan sebelum bergelar isteri kepada Nasaruddin, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter akan terlebih dahulu memeluk Islam sekitar bulan depan atau Oktober sebaik selesai menjalani rakaman program E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua.

Akhbar sebelum ini melaporkan kisah pasangan itu yang menyulam kasih selama lima tahun tetapi berjaya merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum, selain tidak pernah membuat kenyataan rasmi mengenainya.

Laporan turut menyebut, Marion yang juga anak kelahiran Pulau Pinang memberitahu media, terpaksa merahsiakan hubungan cinta suci itu atas sebab dan alasan tertentu, khususnya bagi menjaga nama baik kekasih hatinya yang cemerlang dalam dunia korporat.

Katanya lagi, Nasaruddin kurang gemar menggembar-gemburkan hubungan percintaan mereka sebelum keputusan sah dicapai dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan selain tidak mahu terkena tempias glamor.
Bagaimanapun, kini kedua-dua pasangan merpati sejoli berkenaan mengambil keputusan mengumumkan berita gembira terbabit bagi mengelak tercetusnya sebarang spekulasi kurang menyenangkan.

No comments:

Post a Comment