Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, January 4, 2011

800 Ahli My TV3 Banjiri Sunway Lagoon

PETALING JAYA: Seramai 800 orang ahli My TV3 memeriahkan program ‘MyTV3 Day Out’ di Surf Beach, Sunway Lagoon, Ahad lalu.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti senamrobik oleh LeeLeesm Dancers, beach soccer, water volleyball, persembahan nyanyian daripada program Idola Kecil 3 (Puteri, Harris dan Hadi), persembahan silap mata dan cabutan bertuah. Selain itu, 30 ahli MyTV3 yang menang dalam beberapa acara s berpeluang mencuba aktiviti baru yang menjadi tarikan di Sunway Lagoon iaitu Bungy Jump dan Go Kart.

MyTV3 juga mengambil kesempatan tersebut untuk membuat kejutan untuk ahli-ahli yang menyambut hari jadi mereka pada bulan Januari. Program MyTV3 Day Out turut dimeriahkan oleh selebriti seperti Maria Tunku Sabri, Azura dan E’One (Hos Remaja), Faizul, Dedeq, Fazreen Rafi, Munir, Danny X Factor, Mia Sara, Comel Farhana, Shajiry serta penampilan watak kartun yang popular, Upin Dan Ipin.

Berikutan dengan acara Day Out yang menerima sambutan menggalakan, MyTV3 juga merancang untuk mengadakan ‘MyTV3 Day Out’ di negeri-negeri lain pada masa akan datang supaya lebih ramai ahli yang akan menerima manfaat.

Bermula pada tahun 2004, penubuhan kelab keahlian MyTV3 bertujuan memberi pendekatan kepada ahli-ahli untuk menjadi sebahagian daripada warga TV3.

Jumlah keahlian My TV3 telah mencecah satu juta orang pada masa kini.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka, MyTV3 telah mengadakan “Day Out” yang padat dengan aktiviti menarik bagi meraikan ahli-ahlinya. Setiap ahli ditawarkan keahlian seumur hidup dengan bayaran RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Mereka bukan sahaja berpeluang menghadiri acara berprestij stesen seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Skrin dan juga acara padang seperti Jom Heboh dan School Attack, mereka juga diberikan keutamaan untuk diterima sebagai pelatih stesen TV3 dalam menimba ilmu di bidang penyiaran.

Ini merupakan satu inisiatif ideal dan bermakna kepada para penonton setia khususnya ahli-ahli MyTV3. Selain itu, kaspul 2 minit MyTV3 telah berwajah baru dengan kelahiran program 30 minit yang telah mula bersiaran pada 7 November 2010, setiap hari Ahad jam 6 petang.

Lebih padat dengan perisian (aktiviti-aktiviti) baru, MyTV3 juga mewujudkan satu interaksi dan komunikasi yang lebih rapat bersama ahli-ahlinya di samping menghargai sokongan padu mereka selama ini.

Dihoskan oleh personaliti TV yang tidak asing lagi, Aidid Marcello, MyTV3 memberi peluang kepada ahli-ahli untuk mengikuti perkembangan terkini MyTV3 menerusi 4 segmen eksklusif iaitu MyDREAMS, MyMEMBERS, MyROVERZ dan MyZONE.

Selain itu, MyTV3 juga mewujudkan interaksi dua hala dengan ahli-ahli MyTV3 menerusi laman web MyTV3, laman sosial Facebook dan Twitter untuk berkongsi informasi-informasi terkini serta menerima sebarang maklum balas dan cadangan daripada mereka.

No comments:

Post a Comment