Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Monday, January 10, 2011

Kedatangan 2011, Faizal Tahir Mahu Tambah Anak

Penyanyi Faizal Tahir, berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarganya apabila mahu mendapatkan seorang lagi anak pada tahun ini.

Sehingga kini Faizal telah pun memiliki tiga orang anak, Ahmad Mikaeel Zidane (4), Siti Raudhah Nur Iman (2) dan Ahmad Rifa’ie Zidane (1), hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

“Selain perancangan pembikinan album baru, saya juga mahu tambah anak,” beritahu Faizal.

Tambahnya, penambahan seorang lagi cahaya mata dalam keluarganya pasti menggembirakan dirinya dan isteri.

Dalam pada itu, menjadi seorang suami, bapa dan lelaki dewasa juga membuatkan Faizal lebih selesa berkarya tanpa memikirkan untuk memperoleh sebarang kemenangan anugerah.

Faizal Tahir bersama Amy Search dan Jaclyn Victor membawakan lagu Fantasia Bulan Madu pada Konsert Gempak Astro Revo

Ini termasuklah Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) yang akan berlangsung pada 9 Januari ini dimana lagu Hanyut dan Selamat Malam dipertandingkan pada acara itu.

“Dengan kehebatan penyanyi-penyanyi lain seperti Yuna, Meet Uncle Hussein, Hujan dan sebagainya, saingannya agak sengit. Apa-apapun saya tidak pernah mengharapkan kemenangan.

“Cuma saya ingin persembahan saya pada malam itu boleh diingati penonton-penonton. Mungkin sesetengah penyanyi lebih memberi fokus pada kualiti vokal. Tetapi persembahan dengan gimik tertentu di pentas AJL yang akan saya lakukan.

“Lagipun, dengan umur saya yang sudah berusia serta status sebagai seorang bapa, cara pemikiran agak berlainan apabila menyertai sesebuah pertandingan. Lainlah kalau saya berumur 20-an, keterujaan untuk menang pastinya ada,” katanya.

Faizal Tahir dikhabarkan akan cuba untuk menyanyi dalam air di sebuah kolam besar di atas pentas AJL25 nanti.

Source: mStar

No comments:

Post a Comment