Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, January 6, 2011

(Twitter) Khairul Fahmi ke-5 tertinggi

Petikan dari berita harian:
KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul
Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook
beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh
dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum
ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima,
menumpaskan ”Support Timnas”, yang menyokong pasukan bola sepak
Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat,
ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak
lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi,
21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh
pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel
perlawanan dibunyikan. “Terima kasih kerana mengembalikan ”keseksian”
dalam bola sepak Malaysia,” kata seorang peminat dalam laman bola sepak
pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi
perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan
akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola
sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan
akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong
Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi
Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat
hit 17,000 “Like” dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa
perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua,
turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima
gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio
Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam
akaun twitternya, @rioferdy5.

“Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala
Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18
bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus,” katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar
Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta ”tweeters”,
ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat
Malaysia mempunyai ”friends” Facebook paling ramai dengan purata 230
setiap pengguna. – BERNAMA ,

No comments:

Post a Comment