Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, January 13, 2011

Wanita,Cinta dan Seks

Wanita, Cinta dan Seks

Wanita, satu makhluk Tuhan yang begitu unik dan sukar dimengertikan. No Woman No Cry? Betulke? Bagi "lelaki straight" No woman u cryla..Tipulah seseorang lelaki normal tidak perlukan cinta Seorang wanita. Siapa tak setuju, sila angkat tangan?

Wanita dan Cinta

Wanita dan Cinta tidak dapat dipisahkan. Maksud saya cinta kepada Si Lelaki, kekasih Hati, dan juga Suami. Wanita Melayu, Jinak-Jinak Merpati. Bak kata seorang rakan blogger, Gadis Melayu, Malu tapi Mahu. Most wanita apabila sudah jatuh cinta, mereka akan begitu menyayangi pasangannya dan sanggup buat apa saja demi sang Kekasih. "Woman give Sex for Love, Men Give Love For Sex" . Jiwa wanita yang lembut dan kadang-kala terlalu mudah percaya dengan janji manis lelaki dan Tebu yang ditanam ditepi bibir diterima sepenuh hati. Cinta membutakan mata.


Wanita dan Seks

Entry ini khas buat wanita yang belum kahwin/bercouple or bakal bercouple. Wanita apabila dikaburi dengan Cinta dan janji manis lelaki, akan lebih mudah untuk tertewas dan menurut kata. Buktikan kata Cinta, "Sleep with Me" kata Sang lelaki.Mula-mula pegang tangan, lepas itu ringan-ringan then dua-dua terbang di awangan. Mahu membuktikan dan terlalu percayakan pasangan, akhirnya "Tergadai Body dan Maruah Diri" .

Akhirnya munculla pelbagai aksi terlampau yang dirakam dan disebarkan di Internet.Siapa yang malu? Fikirkanla sendiri. Lebih teruk, hubungan terlarang , Wanita mengandung dan bayi yang tidak berdosa dibuang. Ramai pasangan berkahwin mahukan anak tapi mereka senang-senang pula buang anak.

I share this dari pengalaman sendiri ,rakan-rakan dan juga pembacaan. Pesanan saya buat wanita di luar sana, tak salah bercinta tapi berwaspadalah dengan pasangan anda. Sang Lelaki memang pandai bermain kata-kata dan menjadi pelakon terhebat. Most Men mahukan Si Dara untuk dijadikan calon Isteri walaupun diri sendiri tidak sedarkan diri sudah tidak teruna. Habis Madu,Sepah Dibuang. Habis Sepah, Bolehla layan Cerita Senario pula. Just kidding...

Tepuk dada, tanya selera. Wanita, Cinta dan Seks saling berkaitan. Beringat sebelum kena, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

P/s : Apa pula kata anda? Kalau Wanita Sudah Betul-Betul Jatuh Cinta, adakah begitu mudah untuk menurut kata Si Buah Hati?

No comments:

Post a Comment