Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, January 26, 2011

Sah, Ahmad Dhani Pengetua AF9. Apa Kata Anda?

Betul pun cakap kami, berita pelantikan Ahmad Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) telah pun diumumkan secara sah di sebuah radio tempatan, pagi tadi.

Sebelum ini, ura-ura pengetua AF9 ini banyak diperkatakan oleh orang ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut. Kami tengok daripada prospektif yang positif, kemungkinan Ahmad Dhani dapat membawa strategi produser album di Indonesia kepada muka-muka baru AF9. Ketepikan sebentar isu illuminati, sikapracist terhadap bangsa Indonesia. Sebaliknya, cuba kau & kau lihat idea pengetua Ahmad Dhani ini daripada pandangan yang lebih intelektual.

Kami dengar juga, Aznil Haji Nawawi akan dilantik semula sebagai hos AF9. Semalam, Twitter Aznil macam ada petunjuk yang jelas. Seorang peminat bertanya kepada Aznil dengan aktiviti yang tengah dilakukan. Aznil menjawab pendek, “tengah rehearsal AF9,” macam itu’lah bunyinya.

No comments:

Post a Comment