Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Thursday, January 6, 2011

P. Ramlee, Lagenda Sepanjang Zaman

Itulah kata-kata keramat Allahyarham P. Ramlee kepada rakan-rakannya. Namun usia beliau tidak panjang apabila kembali kepadaNya ketika berusia semuda 44 tahun. Kini sudah sudah 37 tahun(beliau meninggal pada tahun 1973) seniman agung ini meninggalkan kita, namun kami percaya legasi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee akan berterusan sehingga 1000 tahun lagi.

p ramlee

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang beberapa perkara yang mungkin jarang diketahui ramai tentang Allahyarham P.Ramlee.

1. P. Ramlee pernah belajar bermain alat muzik seperti biola, piano dan ukulele dengan tentera Jepun. Malah beliau juga sering menyertai konsert-konsert yang diadakan oleh tentera Jepun semasa Malaysia dijajah Jepun dulu. Kalau anda tengok filem Sarjan Hassan, semua dialog bahasa Jepun yang digunakan adalah tepat. Berkemungkinan besar P. Ramlee sempat belajar bahasa Jepun semasa zaman pemerintahan Jepun dahulu. Untuk makluman, P. Ramlee TIDAK pandai bermain saksofon walaupun sering kelihatan beliau meniup saksofon dalam kebanyakan filemnya .

p ramlee

2. Filem terakhir lakonan Allahyarham P.Ramlee ialah filem Laksamana Do Re Mi. Manakala lagu terakhir ciptaannya ialah Ayer Mata Di Kuala Lumpur. Sepanjang hayat beliau, P. Ramlee telah berlakon atau mengarah sebanyak 66 buah filem. Filem arahan pertama beliau ialah Penarik Becha. Jumlah lagu nyanyian atau ciptaan beliau pula melebihi 350 buah lagu. Filem kegemaran kami ialah Ibu Mertuaku manakalah lagu kegemaran kami ialah Aci-Aci Buka Pintu. Dialog kegemaran kami ialah dari filem Ibu Mertuaku iaitu “Mengapakah kau diciptakan Allah menjadi manusia? Kan lebih baik kau menjadi haiwan?.

p ramlee

3. Terlalu banyak anugerah yang telah dimenangi oleh Allahyarham P.Ramlee melalui pembabitannya di dalam bidang muzik dan filem. Antara yang terhebat ialah:-

(i) Anugerah Pelakon Paling Versatil di Festival Filem Asia di Tokyo menerusi filem Ibu Mertuaku

(ii) Anugerah Pelakon Filem Terbaik di Festival Filem Asia Keempat di Tokyo menerusi filem Anakku Sazali.

(iii) Filem Komedi Terbaik untuk filem Madu Tiga dan Nujum Pak Belalang masing-masing pada tahun 1963 dan 1964.

Walaupun Allahyarham tidak pernah langsung menerima sebarang didikan seni secara rasmi, namun bakat dan hasil usaha keras beliau menunjukkan yang kita boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi selagi kita mahu berusaha.

p ramlee

Masih banyak lagi cerita-cerita di sebalik tabir, kisah suka duka Allahyarham dan fakta-fakta menarik yang ingin kami kongsikan tetapi sayangnya kami juga tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang Allahyarham. Namun begitu, bersempena dengan bulan Oktober sebagai bulan P. Ramlee, pihak Astro telah mengumpulkan segala apa yang anda ingin ketahui tentang Allahyarham di laman web www.astro.com.my/pramlee . Kami dah layari laman web tersebut dan sesungguhnya kami kagum dengan kesungguhan pihak Astro untuk mengenang segala jasa Allahyarham.

p ramlee

Untuk makluman, pihak Astro akan mengadakan Konsert Di Mana Kan Ku Cari Ganti sebagai tribute mengenang sumbangan Allahyarham P. Ramlee kepada dunia hiburan tanah air kita. Kami percaya anda akan teruja melihat nama-nama besar seperti Shahir, KRU, Aizad, Dayang dan ramai lagi bergabung menyanyikan lagu-lagu dendangan Allayarham di konsert tersebut. Mungkin video Di Mana Kan Ku Cari Ganti di bawah akan membuatkan anda lebih teruja.

Jangan lupa layari laman web Astro P. Ramlee untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allahyarham. Semoga roh P.Ramlee ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

No comments:

Post a Comment