Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Tuesday, October 11, 2011

Aksi Ghairah KLIP 3GP

Ganas, Gerun & Ghairah begitulah puitis-puitis ayat yang cuba ditonjolkan kepada penonton terhadap Filem KLIP 3GP yang dterbitkan oleh Grand Brilliance yang akan menerjah pawagam pada 13th October 2011 nanti. Filem arahan Aidilfitri Mohd Yunos, dibarisan ramai pelakon diantaranya Zahiril Adzim, Mimie One Nation Emcee, Fikree Bakar & Tasha Shilla.

Secara jujurnya apabila kita disogokkan dengan perkataan KLIP 3GP, hanya satu gambaran awal tentang perkataan ini. iaitu Video Lucah. 3GP sinonim dengan video lucah yang dirakam oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab kemudian di muatnaik ke internet seperti 4shared & RapidShare. Begitulah yang berlaku terhadap Filem KLIP 3GP. Jika anda seorang yang Warak, maka kami di Buahmulut menasihati supaya anda menjauhkan diri dari filem ini. Kerana terdapat beberapa aksi – aksi ghairah yang cuba ditampilkan. Watak-watak yang cuba ditampilkan pada filem ini pula sudah semestinya Individu yang dahagakan Seks luar nikah & boleh kami gambarkan sebagai seorang yang bodoh walaupun hakikatnya beliau ialah seorang Eksekutif wanita yang berjaya itulah Maya Akhtar ataupun kini lebih dikenali di internet sebagai‘Maya Eksekutif Yang Terlampau’. Kenapa kami kata sedemikian? Anda kena saksikan KLIP 3GP ini dipawagan. Kami tidak akan menerima sebarang permintaan pemindahan KLIP 3GP melalui Bluetooth. Maaf Ya!!

Lupakan Soal Ganas juga soal Gerun kerana bagi kami KLIP 3GP ini semuanya berkaitan Ghairah. Jika anda mengatakan Plot seorang mamat Bangla ternampak hantu ketika mengambil gambar 3 gadis Gedik adalah sesuatu yang gerun maka baik anda lupakan. Begitu juga Plot dimana Maya Menikam Eddie bertubi tubi di tab mandi. Bukanlah babak ganas yang akan di ingati penonton apabila keluar panggung. Tetapi aksi Ghairah Maya apabila menari di sudut sempit dan juga aksi rakaman Video seks melalui hp oleh gigolo KL Sunny yang akan diingati dan pasti diperkatakan sepanjang berlangsungnya Filem ini.

Secara bahasa kasarnya, jika anda seorang lelaki yang ghairah terhadap seks dan sering memperdayakan wanita anda wajib menonton filem ini. Bukan untuk menambahkan keghairahan anda tetapi untuk membolehkan anda berfikir akan akibat kerakusan nafsu anda itu. Mungkin inilah nasihat yang cuba disampaikan melalui filem 3GP. Berapa bintang untuk filem ini? kami bukanlah pengkritik Filem mahupun pengupas isi filem. Apa yang tertulis hanyalah lontaran pendapat secara kasar dari kaca mata seorang penonton yang buta seni seperti kami. Pergi menonton bukan satu kerugian. Tidak menonton takut pula anda terlepas peluang aksi-aksi yang akan heboh diperkatakan. Jadi anda buatlah keputusan sendiri!!

Lebih 120 keping gambar kami lepaskan di Fan Page Buahmulut.Com sempena Majlis Pra Tonton ini. Jangan lupa Like Fan Page BUAHMULUT.COM


No comments:

Post a Comment