Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 12, 2011

Rockaway 2011 Gempak Rock Habis

Rockaway 2011 telah pun datang dan pergi. Festival ini antara yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh syarikat konsert tempatan dengan barisan-barisan artis tempatan dan antarabangsa. Dengarnya, pihak penganjur dah tak sabar menanti Rockaway 2012. Itulah kata-kata Iqbal Ameer Pengarah Urusan Livescape Asia. Hujan yang lebat tidak mematahkan semangat lebih kurang 7,000 penonton menyaksikan persembahan artis-artis rock tempatan & antarabangsa selama 12 jam tanpa henti yang bermula dari 12 tengahari hingga ke 12 malam.

“Kami berasa bangga dengan kehadiran lebih 7,000 peminat-peminat rock yang datang mem- beri sokongan kepada band-band tempatan & antarabangsa. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tak terhingga kepada rakan kongsi kami Livescape Asia yang telah merelisasikan impian kami untuk menganjurkan festival rock terbesar di Malaysia. Kami tak sabar untuk Rockaway 2012”. Kata Rahul Kukreja dari One Buck Short.

Rockaway 2011

Persembahan pada hari tu dimulakan dengan persembahn dari kumpulan Hujan yang penuh bertenaga. Mereka menjadi pembuka tirai Rockaway 2011 kerana mereka perlu terbang ke Terengganu untuk membuat 1 lagi persembahan di sana. Iya diikuti dengan berapa-berapa band-band baharu sepert Busco,Tres Empre,Dichi Michi & Oh Chentaku. Lepas itu persemba- han yang mantap dan bertenga dari Love Me Butch, Deja Voodoo Spells,Kyoto Protocol,They Will Kill Us All dan Lo telah menggegarkan pentas Rockaway. Popular dengan lagu Dinda Kanda ia itu Monoloque tidak ketinggalan membuat persembahan.

Kumpulan antarabangsa pertama iaitu Story Of The Year telah mengambil tempat mereka di pentas Rockaway pada waktu petang dengan persembahan yang penuh bertenaga dan “showmanship” yang membuat penonton terhiburdengan aksi “backflip” dan balingan gitar mereka ke udara.

Setelah berehat seketika untuk menghormati waktu Maghrib, kumpulan pop- punk All Time Low mengambil pentas untuk memulakan sessi waktu malam. Mereka menghiburkan penon- ton dengan lagu-lagu hit mereka seperti “I feel like dancing” dan “time bomb”. Selepas itu kumpulan yang popular dengan lagu Marabahaya iaitu Pop Shuvit Feat Project E.A.R menggegarkan pentas. Dalam sebuah lagu mereka pada malam itu, penampilan istimewa oleh Man Bai turut menjadi tarikan persembahan Pop Shuvit.

Pemenang album Hard Rock terbaik AIM 2003,Metalasia mengambil pentas dengan petikan- petikan solo King Shah & Ritz yang telah kembail ke dalamMetalasia. Segar dari persembahan mereka di Kanada seminggu sebelum Rockaway, Massacre Conspiracy dengan music “metal” mereka yang keras dan ganas.

Penyelaras projek Rockaway, kumpulan One Buck Short telah pun memgambil tempat mereka di pentas Rockaway dengan lagu-lagu popular mereka. Di sampai itu, One Buck Short juga melancarkan album melayu pertama mereka berjudul Kampong Glam pada hari Rockaway.

Kumpulan yang di nanti-nanti kan oleh semua penonton Rockaway 2011 iaitu The Used. Persembahan yang penuh bertenaga oleh The Used juga sebagai penutup tirai Rockaway pada tahun ini. Walaupun hujan turun dengan lebatnya di waktu persembahan, ia sekali-kali tidak mematahkan semangat kumpulan TheUsed untuk menghiburkan peminat-peminat setia mereka yang datang sejauh Australia,Jepun, Indonesia, Singapura & Thailand.

Rockaway 2011 telah melakar sejarah sebagai festival rock terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia. Dengan barisan-barisan artst-artis tempatan dan antarabangsa yang mantap dan hebat. Ia akan menjadi bualan setiap peminat dan terpahat dalam ingatan setiap individu peminat rock yang tidak sabar mengunggu kedatangan Rockaway 2012 yang pasti akan menjadi lagi besar dan hebat.

Kite jumpa di Rockaway 2012!!

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

Rockaway 2011

* Kredit to buddiey.com

No comments:

Post a Comment