Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Sunday, October 23, 2011

Fatwa Qaradawi Bunuh Gaddafi


Mana mahu lari Gaddafi. Nyawa mu di hujung tanduk sekarang. Bila-bila masa nyawa mu boleh melayang. Tidak mustahil berlaku apabila penyokong tegar Gaddafi mula berpaling tadah. Beberapa orang duta Libya dan anggota keselamatannya mula menarik sokongan kepada regim Libya ini.

Terkini, Gaddafi makin tidak dapat tidur lena apabila ulama' tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi keluarkan fatwa darah Gaddafi halal dibunuh.

“Sesiapa di kalangan tentera Libya yang boleh melepaskan tembakan terhadap Gaddafi sepatutnya bertindak demikian,” kata ulama kelahiran Mesir itu yang berpusat di Qatar kepada televisyen Al-Jazeera.

Fatwa dari ulama' kontroversi ini jangan dipandang mudah. Yusuf Qaradawi ada ramai pengikut setia di seluruh dunia. Wibawanya begitu disanjung. Walaupun fatwanya begitu kontroversi dan dibenci oleh sesetengah kerajaan barat terutamanya Amerika Syarikat dan Britain, namun pendapatnya sering diterima pakai dalam apa juga keputusan penting terutamanya berkaitan jihad. Teguran lantangnya juga berjaya menjatuhkan Husni Mubarak dari takhta.

Apabila Syeikh Yusuf Al-Qaradawi keluarkan fatwa Muammar Gaddafi halal ditembak, bermakna sesiapa yang membunuh Gaddafi dapat pahala. Jika terbunuh sekalipun dalam misi ini, mereka tetap syahid.

Aneh kenapa Qaradawi "halalkan" darah pemimpin Libya ini? Sebelum ini, walaupun beliau juga turut mendesak Husni berundur, tidak terdengar pula fatwa darah pemimpin Mesir ini halal dibunuh.

Kenapa?

Dalam satu kaedah Usul fiqh ada dinyatakan satu kaedah "Menanggung mudharat yang lebih kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar".

Maknanya, dalam sesetengah situasi, dibolehkan kita melakukan sesuatu kerosakan kecil untuk mengelakkan kerosakan yang lebih besar berdasarkan ILMU dan KEFAHAMAN BETUL yang kita ada. Bermakna dalam situasi ini, jika sekalipun, Gaddafi mati ditembak, kematiannya hanya seorang saja berbanding jika Gaddafi masih hidup, dan mampu mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya, pasti kematian yang lebih besar berlaku ke atas insan-insan yang tidak berdosa. Untuk mengelakkan kematian yang lebih besar, Gaddafi wajib dijatuhkan dalam apa cara sekalipun hatta melibatkan kematiannya.

Jika Gaddafi berundur, Gaddafi akan selamat seperti Husni Mubarak. Jika masih berkeras, nyawanya mungkin akan berakhir di hujung senjata.

Apa pilihan terbaik untuk Gaddafi?

No comments:

Post a Comment