Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 12, 2011

Gambar: Sekitar Resepsi Perkahwinan Tema Wonderland Nabil & Zira


Tamatlah sudah majlis perkahwinan paling menjadi sebutan ramai hujung minggu ini. Tahniah buat mereka berdua.

Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub boleh tersenyum lega sekarang kerana semuanya sudah berjalan dengan selamat dan mereka kini boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Bercakap kepada media ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkanFantasy Wonderland ini, Nabil mengakui apa yang di’ilhamkan sebelum ini menjadi satu kenyataan.

Di’soal tentang keseluruhan kos majlis perkahwinan mereka, Nabil tanpa berselindung berkata beliau mengeluarkan RM177,000 dari poket sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka berdua.

“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil yang sentiasa mengusik Nazira sepanjang sidang media.

Nabil turut bercakap tentang perancangan selepas ini untuk kerjaya Nazira, beliau berkata beliau suka jika Nazira menjadi teman beliau untuk kerja tetapi lebih suka isteri kesayangan untuk tinggal di’rumah sahaja.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Nabil Raja Lawak & Nazira Ayub yang berlangsung di i-City, Shah Alam selepas ini. Gambar oleh jurufoto berdedikasi kami — Adie Zhafran & Abdus Fauzi. Enjoice!

* Kredit to rotikaya.com

No comments:

Post a Comment