Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Wednesday, October 12, 2011

Filem Klip 3GP Bakal Mengghairahkan Pawagam

Sinonim dengan kisah kehidupan warga pengguna teknologi di Malaysia, Grand Brilliance menerbitkan satu al-kisah realiti yang dialami oleh para pengguna telefon bimbit di Malaysia. Format video yang dikenali sebagai 3GP dibentukkan menjadi satu jalan cerita yang ganas, gerun dan ghairah berjudul KLIP 3GP yang bakal mengghairah di pawagam pada 13 Oktober 2011.

Poster Klip 3GP

Dibintangi oleh pelakon-pelakon baru yang berbakat besar seperti Mimi (O.N.E), Zahiril Adzim, Fikhree Bakar, Sabhi Sadhi, Adeline Tsen, Jojo, Zydee dan ramai lagi, KLIP 3GP mempertontonkan empat kisah yang dikarya oleh pengarah baru kelahiran Grand Brilliance iaitu Aidilfitri Mohd Yunos yang tidak asing lagi di dalam dunia pengarahan drama yang antaranya ialah Ejen 016, Bionik dan Mantera Anjasmoro selain itu musik video dan iklan-iklan di kaca televisyen.

Apabila ditanyakan kepada Tengku Iesta Tengku Alaudin merangkap Pengurus Besar unit Filem & Drama Primeworks Studios Sdn Bhd, kenapa memilih KLIP 3GP sebagai terbitan, beliau mengatakan bahawa tajuk filem ini sahaja dapat memberikan sejuta maksud kerana di dalam dunia siber yang sedia pesat sekarang, terdapat banyak kisah-kisah yang dapat dijiwai penonton kerana kebanyakan kisah yang dipaparkan di dalam KLIP 3GP merupakan kisah-kisah benar di Malaysia yang dialami oleh rata-rata remaja zaman sekarang. Visual-visual yang dipaparkan mungkin dapat memberikan rasa gelisah jauh di dalam sanubari penonton.

Klip 3GP Gala NIte

Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Penerbit

Tambahan beliau, filem berbentuk psycho thriller jarang dihasilkan walaupun mengikut hasil kajian, ramai penonton yang menunggu filem seperti ini. Oleh itu, ini merupakan peluang keemasan bagi Grand Brilliance untuk menerbitkan sebuah filem yang memaparkan kejadian sebenar yang di lakonkan semula.

Klip 3GP Gala NIte

Pengarah Filem Klip 3GP – Aidilfitri Mohd Yunos

Pada awalnya, filem yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta tidak termasuk promosi hanya ditayangkan di 40 buah pawagam, tetapi setelah membuat kaji selidik tentang potensi filem ini, pihak Grand Brilliance menyatakan bahawa KLIP 3GP mempunyai satu kekuatan tersendiri dari segi jalan ceritanya yang kuat dan itu membuatkan jumlah pawagam di tambah kepada 71. Selain itu, filem ini tidak mempunyai saingan daripada filem tempatan yang lain pada tarikh penayangan dan ia menjadi salah satu faktor dalam penambahan jumlah pawagam.

Proses penggambaran KLIP 3GP memakan masa selama 2 minggu di sekitar kawasan Johor Bahru pada awal tahun ini dan ia dihasilkan seratus peratus oleh pihak Grand Brilliance. Oleh kerana itu, sempena meraikan filem ini, malam tayangan perdana bagi filem KLIP 3GP diadakan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2011.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa filem ini banyak memaparkan aksi-aksi yang keterlaluan, sampaikan trailer yang dihantarkan kepada stesyen televisyen ditendang semula gara-gara visual ghairah yang dipertontonkan. Demi memenuhi kemusykilan penonton, sila layari www.youtube.com/gbsbteam bagi menonton trailer yang sedang hangat diperkatakan itu.

* Kredit to buddiey.com

No comments:

Post a Comment