Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Friday, October 7, 2011

Bajet 2012: Malaysia Mampu Bertahan, Disokong Oleh Belanjawan 2012 - MIDF

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu bertahan mengharungi cabaran yang berpunca daripada kelembapan permintaan luar, disokong oleh barisan insentif dan inisiatif dalam Belanjawan 2012, kata Pengarah Urusan Malaysian Industrial Development Finance Bhd Group Datuk Mohd Najib Abdullah Jumaat.

"Kita memasuki tempoh yang paling mencabar sejak krisis kewangan dunia, ditengah-tengah turun naik pasaran aset kewangan yang tinggi. Belanjawan 2012 merupakan penyokong langkah-langkah penstabilan yang diperlukan untuk mengharungi badai," katanya dalam satu kenyataan.

Unjuran keluaran dalam negara kasar tahun depan antara lima dan enam peratus, katanya mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap aktiviti ekonomi Malaysia.

Sementara itu Pengerusi Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow berkata pelbagai langkah dan insentif yang diumumkan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana, akan menyokong dan mengukuhkan pertumbuhan sektor itu.

Dalam kenyataan berasingan, kumpulan perbankan itu juga menyambut baik cadangan kerajaan untuk menyemak semula cukai keuntungan ke atas harta tanah bagi pelupusan hartanah kerana ia dapat mengelak aktiviti spekulasi hartanah.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment