Followers

Search This Blog

Loading...

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 22, 2011

Neelofa Tukar Warna Rambut Kerana Lakonan

Neelofa Tukar Warna Rambut Kerana Lemak Kg Santan

KUALA LUMPUR – Pelakon Neelofa terpaksa mewarnakan rambutnya daripada coklat gelap kepada hitam bagi menyesuaikan watak lakonannya dalam filem terbaru lakonannya berjudul Lemak Kampung Santan yang kini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang.

Menurut pelakon jelita berusia 22 tahun ini, dia tiada pilih mengorbankan warna rambut kesukaannya itu juga bagi menunjukkan komitmennya dalam bidang lakonan menerusi filem kelima yang dibintanginya dalam masa tidak sampai tiga tahun terbabit dalam bidang itu.

“Saya telah menjalani penggambaran filem Lemak Kampung Santan sejak 15 Oktober ini di mana penggambarannya dijangka berakhir pada 1 November ini. Jadi, sepanjang tempoh itu saya terpaksa mewarnakan rambut saya daripada coklat kepada hitam.

“Bagaimanapun, selepas habis penggambaran filem itu nanti saya akan mewarnakan semula rambut saya kepada warna coklat. Saya harap cara itu dapat menghidupkan lagi watak saya sebagai seorang gadis kampung dalam filem tersebut,” katanya kepada para wartawan Rabu lalu.

Pada pertemuan itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor baru sahaja memperagakan barangan kemas seperti subang, gelang dan rantai bernilai RM1.2 juta sebuah produk barangan kemas terkemuka anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).

Dia yang terbabit dalam pertunjukkan amal Malam Gala Seribu Bintang yang turut dijayakan oleh Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan kurang bernasib baik termasuklah ahli-ahli Karyawan yang memerlukannya.

Jelas Neelofa meskipun banyak pengorbanan yang terpaksa dicurahkannya bagi menjayakan penggambaran filem Lemak Kampung Santan yang dalam genre komedi tetapi dia berpuas hati dengan layanan yang diterimanya sewaktu berada lokasi filem tersebut.

“Mereka (pengarah dan krew produksi) melayan saya dengan baik sewaktu berada di lokasi di mana mereka menjaga keperluan makan, minum dan pakaian yang akan saya gunakan sewaktu berlakon dalam filem itu. Malah, para pelakon seperti Hans juga banyak membantu saya berlakon,” ujarnya. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment