Followers

Search This Blog

JOM LAYAN " OMBAK RINDU".

Saturday, October 8, 2011

Jojie Lebih Tenang Selepas Berhijab


Baru-baru ini GUA telah menghadiri satu sidang media bagi mengumumkan kemunculan penyanyi Ella sebagai artis pembuka tirai untuk konsert kumpulan rockers antarabangsa, Whitesnake. Ketika majlis tersebut, GUA sempat bertemu dengan kakak Ella iaitu Jojie yang kini semakin ayu dengan imej barunya berhijab.

Jojie atau nama sebenarnya Rozita Binti Aminuddin mula mengenakan hijab sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Namun, dalam pada niat baik kakak kepada ratu rock Ella ini berubah, ada segelintir pihak yang mengatakan pemakaian hijab wanita ini hanya sekadar untuk menghormati bulan Ramadhan. Tidak kisah dengan pandangan orang, Jojie mengakui niatnya untuk memakai hijab adalah ikhlas kerana Allah.

“Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga,” ujar Jojie bersyukur kerana dibuka pintu hatinya.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.”

Apabila diusik bilakah wanita ini akan menamatkan zaman bujang, al-maklumlah usianya sudah menjangkau 47 tahun, Jojie memberitahu, “Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan Tuhan. Bukan tak pernah cuba, saya dah pernah tunang pun, tapi nak buat macam mana belum ada rezeki lagi.

“Tuhan masih belum beri jodoh kepada saya lagi, jadi saya redha. Setiap solat saya akan sentiasa berdoa, tapi orang tak tahu ingat saya mengada-ngada dan memilih. Saya tak pernah rasa diri saya ini memilih,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Kredit Foto : Facebook Jojie

No comments:

Post a Comment